Biasiswa Nasa : Pemuda Ini Jelaskan Dia Adalah Mangsa Penipuan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Beberapa hari lalu kecoh satu Malaysia apabila seorang pengguna Twitter, Azhar Ali berkongsi kepada umum yang dia ditawarkan biasiswa Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara, Amerika Syarikat (NASA).
Perkongsiannya bukan sahaja mendapat perhatian netizen, malahan tokoh berpengaruh seperti Perdana Menter, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Sains dan Tekonologi, Khairy Jamaluddin juga Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad.
Media juga tidak terkecuali termasuk kami di BuzzKini memandangkan ia adalah satu berita yang besar ertinya buat rakyat Malaysia.
Namun dalam masa sama, terdapat sebilangan netizen yang meragui kesahihan perkara tersebut dan mendakwa ianya seolah direka dan langsung tidak masuk akal.
Ianya berterusan sehinggakan pemuda ini bertindak menukar privasi akaun nya ke status ‘private’.
Terbaru, Azhar akhirnya tampil menerusi Twitter menjawab soalan dan dakwaan tersebut.
Menurutnya dia memang ada menyertai pertandingan mencipta pakaian NASA bagi kategori gred 9 -12.
Dapat emel dan result selepas 2 minggu
Selepas 2 minggu dia kemudiannya menerima email yang menyatakan rekaan ciptaanya telah terpilih antara 1% terbaik Dia kemudiannya telah menerima satu lagi email yang mendakwa ianya dari NUS (National University Of Singapore) namun domain tersebut membuatkan dia sedikit sangsi sebelum bertindak menghubungi pihak NUS.
Emel dari NUS tetapi domain nya berbeza
Menjadi mangsa scam
Dalam masa sama Azhar juga menghubungi pihak NASA untuk mendapatkan pengesahan. Mengambil kesempatan yang ada, dia turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang kenyataan bagi mewakili dirinya
Semak fakta sebelum berkongsi kepada umum
Merasakan dirinya ditipu Azhar meminta orang ramai agak menyemak fakta atau kesahihan sesuatu perkara sebelum berkongsinya kepada orang ramai.
Tambah Azhar lagi, dia bagaimanapun memilih untuk tidak meminta maaf kerana dia adalah seorang mangsa penipuan.
Dia juga meluahkan rasa kesal kerana ramai lagi orang seperti yang menjadi mangsa penipuan sebegini
Dalam pada itu dia turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah mengucapkan tahniah kepada dirinya sebelum ini.
Apa pun ini pasti mengejutkan orang ramai . Namun sekiranya benar Azhar ditipu, bukan sahaja dirinya ditipu sebaliknya satu Malaysia turut ditipu.
Sama-sama kita doakan yang baik untuk pemuda ini, masa depannya dilihat cerah memandangkan dia ada menyebut yang dia juga ada mendapat beberapa lagi tawaran dari universiti luar negara. Jangan kerana satu kesilapan kecil dia terus di hukum.