Biasiswa Nasa : Pemuda Ini Jelaskan Dia Adalah Mangsa Penipuan

Beberapa hari lalu kecoh satu Malaysia apabila seorang pengguna Twitter, Azhar Ali berkongsi kepada umum yang dia ditawarkan biasiswa  Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara, Amerika Syarikat (NASA).

Perkongsiannya bukan sahaja mendapat perhatian netizen, malahan tokoh berpengaruh seperti Perdana Menter, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Sains dan Tekonologi, Khairy Jamaluddin juga Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad.

Media juga tidak terkecuali termasuk kami di BuzzKini memandangkan ia adalah satu berita yang besar ertinya buat rakyat Malaysia.

Namun dalam masa sama, terdapat sebilangan netizen yang meragui kesahihan perkara tersebut dan mendakwa ianya seolah direka dan langsung tidak masuk akal.

Ianya berterusan sehinggakan pemuda ini bertindak menukar privasi akaun nya ke status ‘private’.

Terbaru, Azhar akhirnya tampil menerusi Twitter menjawab soalan dan dakwaan tersebut.

Menurutnya dia memang ada menyertai pertandingan mencipta pakaian NASA bagi kategori gred 9 -12.

Dapat emel dan result selepas 2 minggu

Selepas 2 minggu dia kemudiannya menerima email yang menyatakan rekaan ciptaanya telah terpilih antara 1% terbaik Dia kemudiannya telah menerima satu lagi email yang mendakwa ianya dari NUS (National University Of Singapore) namun domain tersebut membuatkan dia sedikit sangsi sebelum bertindak menghubungi pihak NUS.

Emel dari NUS tetapi domain nya berbeza

Menjadi mangsa scam

Dalam masa sama Azhar juga menghubungi pihak NASA untuk mendapatkan pengesahan. Mengambil kesempatan yang ada, dia turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang kenyataan bagi mewakili dirinya

Semak fakta sebelum berkongsi kepada umum

Merasakan dirinya ditipu Azhar meminta orang ramai agak menyemak fakta atau kesahihan sesuatu perkara sebelum berkongsinya kepada orang ramai.

Tambah Azhar lagi, dia bagaimanapun memilih untuk tidak meminta maaf kerana dia adalah seorang mangsa penipuan.

Dia juga meluahkan rasa kesal kerana ramai lagi orang seperti yang menjadi mangsa penipuan sebegini

Dalam pada itu dia turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah mengucapkan tahniah kepada dirinya sebelum ini.

Apa pun ini pasti mengejutkan orang ramai . Namun sekiranya benar Azhar ditipu, bukan sahaja dirinya ditipu sebaliknya satu Malaysia turut ditipu.

Sama-sama kita doakan yang baik untuk pemuda ini, masa depannya dilihat cerah memandangkan dia ada menyebut yang dia juga ada mendapat beberapa lagi tawaran dari universiti luar negara. Jangan kerana satu kesilapan kecil dia terus di hukum.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

20 mins ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

44 mins ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

3 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

19 hours ago