fbpx
Now Reading
PKPB : Warga Emas Tidak Disarankan Keluar Rumah

PKPB : Warga Emas Tidak Disarankan Keluar Rumah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menyarankan agar warga emas untuk tidak keluar rumah melainkan atas urusan yang penting sahaja sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalanan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan bermula esok hari

Menurut beliau, ini kerana warga emas merupakan kumpulan berisiko tinggi yang seharusnya dilindungi daripada dijangkiti COVID-19. 

Golongan mereka sebaiknya mengelakkan dari berada di kawasan yang sesak dan sempit serta elak bertutur dengan jarak yang dekat. 

“Sekiranya perlu ke kawasan umum, mereka digalakkan untuk memakai topeng hidung dan mulut di samping mengambil langkah-langkah pencegahan.

“Pengamalan tahap kebersihan diri yang tinggi mesti diteruskan, misalnya dengan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan
cecair pembasmi kuman serta amalkan jarak sosial yang selamat sekurang-kurangya 1 meter. 

“Sekiranya diperlukan khidmat nasihat, warga emas serta orang ramai boleh menghubungi Virtual Health Advisory melalui portal KKM dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari,” jelas Dr Hisham dalam sidang media harian di Putrajaya pada Ahad. 

Tambah beliau, warga emas yang mempunyai temujanji bagi sebarang rawatan susulan dinasihatkan hadir ke klinik kesihatan mengikut tarikh dan masa temujanji yang ditetapkan

“Bagi mengurangkan kekerapan kedatangan dan kesesakan di klinik untuk mengambil bekalan ubat separa, KKM telah menyediakan perkhidmatan farmasi Value Added Service seperti Ubat Melalui Pos (UMP), Locker2U, Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) dan Farmasi Pandu Lalu mengikut kesesuaian perkhidmatan yang ditawarkan. 


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.