fbpx
Now Reading
Diva AA Mohon Maaf Guna Bahasa Kesat Pada Kucing

Diva AA Mohon Maaf Guna Bahasa Kesat Pada Kucing

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B_vcViKJDPp/

Nama pengacara kontoversi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA sekali lagi menjadi topik hangat di kalangan rakyat Malaysia.

Kali ini kes Diva AA yang tidak pernah lekang dengan kontroversi bukan lagi membabitkan orang ramai, sesama selebriti mahupun ahli politik sebaliknya antaranya dia dan kucing-kucing nya.

Difahamkan Diva Aa memuat naik satu video yang berunsur nasihat berkaitan PKPB kepada kucing-kucingnya. Namun cara tegurannya yang dilihat kasar dan penuh dengan hamburan bahasa kesat kepada kucingnya itu menyebabkan netizen terutamanya pencinta haiwan menjadi berang .

Malah klip video berkenaan semalam turut menarik perhatian Persatuan Haiwan Malaysia yang dilihat tidak senang dengan isu terbabit.

Menerusi FB, mereka memuat nak video terbaik dan memberikan amaran akan membuat satu aduan berhubung isu terbabit

Tambah mereka perbuatan mengeluarkan kata-kata kesat dengan suara yang kuat seperti seperti menjerkah boleh menyebabkan tekanan selain menakutkan haiwan peliharaan tersebut.

Susulan dari itu Diva AA kemudian tampil membuat permohonan maaf di atas tindakannya itu.

Menurutnya semua itu hanyalah gurauan semata-mata dan dia sendiri sudah pun memadam video berkenaan.

Hamun haiwan walau untuk apa niat dan tujuan sekali pun bakal mengundang ketakutan dan stress terhadap haiwan.Kucing tidak akan dapat mesej daripada maki hamun begini. Ia bakal memeranjatkan dan menakutkan kucing. Kata cacian, hamun dan makian secara jerkah begini tidak sesuai dihamburkan kepada binatang seperti kucing walau tujuannya adalah pendidikan.Suara maki hamun ini disyaki suara seorang artis tanah air yang biasa membuat video berunsur nasihat melalui video provokasi dengan bahasa kesat dan kata makian.Ingin diingatkan perbuatan menakutkan haiwan adalah satu kesalahan Terrifies bawah Seksyen 29 (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan Seksyen 44 (1) Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013).Hukuman menanti pelaku yang memaki haiwan adalah sama seperti mencederakan atau membunuh haiwan dengan sengaja.Satu aduan akan dikemukakan untuk siasatan dan tindakan pihak berkuasa. #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Posted by Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association on Sunday, 3 May 2020

Apa-apapun diharap Diva AA mengambil iktibar atas kesilapannya itu. Apatah lagi tindakannya memaki hamun haiwan peliharaanya adalah salah di sisi undang-undang dan boleh dihukum.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.