Perlekeh Orang Melayu Di IG, Adik Big Boss Jakel Mohon Maaf
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selepas berterusan dikecam, Muzaffar Jakel akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di sosial media.
Dia yang juga adik kepada Pengarah Urusan Jakel Group, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel sebelum itu dikatakan telah memuat naik status di Instastory nya yang dilihat tidak menjaga sensitiviti sehingga membuatkan orang ramai terutamanya kaum melayu terguris hati.
Menurutnya lagi, status tersebut yang ditulisnya tempoh hari adalah atas kapasiti individu dan langsung tidak mewakili syarikat Jakel.
Menurutnya lagi dia juga tiada kepentingan dalam syarikat berkenaan malah hanya bersatus seorang pekerja sahaja.
“Salam semua maafkan saya. Saya hanya insan biasa. Saya sekali lagi memohon maaf di atas kekhilafan dan keterlanjuran yang dikatakan dalam Instagram Stories posting.
“Apa yang saya ingin nyatakan adalah kesalahan saya kerana saya secara tak sengaja menggunakan ayat yang tidak sepatutnya digunakan.
“Saya ingin jelaskan juga, saya hanya bekerja dengan syarikat abang saya. Saya bukan pemegang saham (shareholder) atau pemilik Jakel.
“Kenyataan yang dikeluarkan oleh saya adalah kenyataan peribadi dan bukanlah mewakili dari kenyataan syarikat Jakel.
“Sempena di bulan yang penuh barakah ini, saya dengan rendah diri memohon maaf sekali lagi atas keterlanjuran saya dalam mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan ramai pelanggan Jakel dan netizen.
“Maaf zahir batin,” tulisnya panjang lebar.
Dalam pada itu abangnya, Dato Faroz telah pun membuat perhomohanan maaf mewakili adiknya sebelum itu.
Menurut Mohamed Faroz, beliau sendiri mengakui agak kesal dan berang dengan tindakan adiknya memandangkan beliau masyarakat Melayu adalah penyokong terbesar perniagaannya selama ini
“Salam Ramadan, saya Mohamed Faroz Mohamed Jakel, ingin memberi pencerahan tentang posting yang tular pada 1 Mei baru-baru ini oleh adik saya, Muzaffar yang mana beliau telah membuat satu kenyataan yang menyinggung perasaan seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu kita.
“Saya juga terkesan dengan posting tersebut. Saya juga marah. Tapi perkara telah berlalu, segala kekhilafan ini berlaku mungkin salah faham. Tapi telah ditokok tambah oleh posting-posting yang tidak berapa tepat dan sebagainya.
“Saya dan keluarga langsung tidak mengenali individu itu jauh sekali menyokong kenyataannya. Isu ini saya kira hampir reda namun hantaran Nor Lizah di Facebooknya memanaskan kembali seperti mencurah minyak ke atas api yang hampir padam.
“Sangatlah tidak logik dan tidak masuk akal untuk menghina orang Melayu seumpama itu apabila saya sendiri sedar mereka begitu setia menyokong kami selama ini. Malah, mana mungkin kita akan menghina secara terbuka.
“Saya berharap masyarakat dapat memaafkan sebarang khilaf yang dilakukan seluruh ahli keluarga dan pekerja saya.
“Saya mungkin agak beremosi dalam hal ini tetapi saya benar-benar kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku,” katanya menerusi sebuah klip video yang di muat naik di Facebook Jakel
Terdahulu Muzaffar memuat naik sekeping foto di IG storynya yang dilihat gembira kerana Jakel bakal membuka gedung pada hari ini . Ini menyebabkan orang ramai berang seolah mereka tidak sensitif dengan keadaan semasa.
Dia kemudian bertindak memuat naik status yang menjadi punca orang ramai nekad memboikot produk Jakel milik abangnya.