Senarai 7 Negeri Yang Tangguh atau Tidak Laksana PKPB

Hari ini bermulanya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negara kita yang diumumkan YAB Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin pada perutusan sambutan hari pekerja pada 1 Mei tempoh hari.

Antara sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi kembali selepas lebih sebulan dihentikan adalah sektor makanan, sukan dan rekreasi, pengangkutan, pembuatan, peruncitan, minyak dan gas.

Bagaimanapun, terdapat beberapa negeri yang memilih untuk menguatkuasakan PKPB seperti kerajaan persekutuan bagi membendung penularan wabak ini.

Di bawah kami kongsikan senarai tujuh negeri tersebut

#1 Kedah

Kerajaan Negeri Kedah menerusi MB, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan menangguh dulu PKPB bagi meneliti syarat dan garis panduan PKPB bagi memastikan ia sesuai mengikut keperluan negeri itu.

“Oleh itu pelaksanaan di bawah PKPB ditangguhkan di Kedah sehingga keputusan dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas COVID-19) pada 5 Mei ini,” katanya.

#2) Sabah

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula berkata, Sabah memilih untuk mengekalkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat yang akan berakhir pada 12 Mei ini.

“Pendirian ini diambil bagi meneruskan usaha untuk membendung penularan pandemik COVID-19 dan memastikan rakyat tidak terdedah dengan jangkitan virus itu.

#3 Selangor

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan berkata, tidak semua industri akan dibenarkan beroperasi pada 4 Mei

Tambahnya beliau akan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan cara penguatkuasaan dan garis panduan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan tidak berlaku peningkatan kes COVID-19 di negeri itu.

“Di peringkat kerajaan negeri, kita tidak mahu ‘crash landing’ dengan erti kata lain, kita akan cuba melihat peringkat demi peringkat dan saya akan bertanya dan melihat kesiapsiagaan PBT,” katanya.

#4) Sarawak

Kerajaan Negeri Sarawak juga memilih untuk tidak mengikut langkah Kerajaan Persekutuan untuk membuka semula ekonomi pada Isnin ini.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embbas berkata, kerajaan negeri perlu mengambil kira keadaan negeri dahulu sebelum membuat keputusan.

#5 Pahang

Kerajaan Negeri Pahang juga mengambil pendekatan sama dengan menangguhkan pelaksanaan PKPB sehingga keputusan dicapai pada mesyuarat mingguan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri, Jumaat ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Pahang memilih untuk mengekalkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat sehingga keputusan dibuat pada mesyuarat mingguan ini, 8 Mei

“Seperti semua maklum, negeri Pahang kini mempunyai kluster baharu. Jadi, tumpuan khusus dan utama perlu dilakukan bagi menanganinya,” katanya dalam satu kenyataan

#6 Kelantan

Kelantan menerusi MB Datuk Ahmad Yakob berkata, Kelantan memilih untuk mengekalkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat sehingga keputusan dibuat pada Jawatankuasa Kerja Keselamatan (Khas) Negeri Kelantan pada khamis ini

Jawatankuasa Kerja Keselamatan (Khas) Negeri Kelantan ini bertujuan menyesuaikan keperluan PKPB dengan rakyat di negeri tersebut.

#5 Negeri Sembilan

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr Razali Ab Malik berkata, langkah kawalan ketat masih diperlukan memandangkan kes baharu COVID-19 terus dicatat di Negeri Sembilan.

Kata beliau, memandangkan kes baharu COVID-19 di Negeri Sembilan masih berlaku dan untuk tujuan pengawalan, Kerajaan Negeri Sembilan menetapkan beberapa syarat dan peraturan.

“Hanya sektor ekonomi dibenarkan boleh beroperasi manakala sektor sosial dan aktiviti sukan tidak dibenarkan dalam tempoh PKPB,” katanya.

Foto Kredit : Perak Today

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago