fbpx
Now Reading
Tempahan Baju Meningkat Di Bulan Ramadan, Ustaz Ebit Lew Cari 100 Tukang Jahit

Tempahan Baju Meningkat Di Bulan Ramadan, Ustaz Ebit Lew Cari 100 Tukang Jahit

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/ebitlew/posts/2931333936984870

Masih kecoh di media sosial mengenai isu membabitkan adik kepada seorang usahawan tekstil terkenal di Malaysia yang didakwa menggunakan bahasa yang tidak menjaga sensitiviti sehingga membuatkan masyarakat melayu terguris hati.

Ekoran dari itu, netizen mula bercadang untuk memboikot jenama tersebut sebagai tanda tidak berpuas hati dengan kenyataan lelaki berkenaan walaupun dia sudah membuat permohonan maaf.

Malah ada yang nekad memilih untuk bertukar ke jenama lain sebagai persiapan menyambut Syawal tidak lama lagi.

Namun disebalik kontroversi tersebut, ada di kalangan netizen yang mula mencadangkan agar orang ramai beralih dan menyokong perniagaan butik pakaian yang diusahakan penceramah bebas Ustaz Ebit Lew lantaran sikapnya yang kuat bersedekah dan sentiasa membantu orang susah.

Difahamkan cadangan yang berterusan dari orang ramai, menyebabkan permintaan pelanggan di kilang pakaiannya mendadak naik sehingga Ustaz Ebit terpaksa memuat naik posting di Facebook mencari 100 orang tukang jahit bagi menampung jumlah permintaan yang begitu banyak.

Mungkin ini satu lagi bentuk ganjaran di dunia atas kebaikan yang diberikan Ustaz Ebit Lew kepada orang ramai. Yang menarinya semua tempahan ini diambil secara online memandangkan butiknya masih ditutup.

Alhamdulillah.. murah rezeki pendakwah kesayangan rakyat Malaysia ini. Namun satu yang pasti benarlah ayat ini : ” sedekah tidak akan membuat kita papa kedana”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.