fbpx
Now Reading
“Malam Ni Last La Kita Di Sini…” – Antara Ungkapan Terakhir Koperal Safwan Sebelum Kemalangan

“Malam Ni Last La Kita Di Sini…” – Antara Ungkapan Terakhir Koperal Safwan Sebelum Kemalangan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B_ukUEyHnYb/https://www.instagram.com/p/B_t6QSEpb9P/

Berita pemergian seorang anggota polis yang dirempuh pemandu mabuk sehingga meninggal dunia sewaktu bertugas di satu sekatan jalan raya (SJR) berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan beberapa hari lalu mengundang sebak majoriti rakyat Malaysia.

Koperal Safwan Muhammad Ismail, meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda terbabit disekitar jam 3 pagi.

Menerusi Facebook, seorang rakan setugasnya, Mohd Lutfe meluahkan rasa sedihnya atas pemergian Allahyarham namun menyifatkan pemergian beliau di bulan yang mulia memberikan satu kelebihan buat dirinya.

Menerusi posting yang sama, Lutfe turut berkongsi perbualan terakhirnya bersama arwah difahamkan beberapa minit sebelum kejadian .

“Malam ni last kita di sini”

“Tenanglah disana wahai sahabat seperjuangan

”Malam ni last kita di sjr ni.. lepas ni (kita) dah pindah ke tempat lain dah” kata terakhir yang terkeluar dibibir mulut rakan seperjuanganku.

Namun tiada siapa menyangka niatnya meninggalkan arwah sebentar hanya untuk mendapatkan air kini memisahkan kedua mereka dalam dua dunia berbeza

‘Hanya seminit memisahkan kita’

Hanya seminit memisahkan kita..!

Jam 0200hrs @ 03/05/2020
Aku : Wan aku nak pi khemah minum ayaq ( air) sat
Wan : Ok.. Sambil tersenyum

Renungan dan kata-kata terakhir arwah padaku

Jam 0205hrs @ 03/05/2020
Kau pergi selamanya sahabat

InsyaAllah pergimu Syahid..

Menerusi posting sama, sahabatnya Lutfe turut mengambil kesempatan untuk menitipkan doa agar Koperal Safwan di tempatkan di kalangan orang beriman, dan perginya sebagai seorang syuhada.

Berita pemergian arwah turut mendapat perhatian meluas dari seluruh negara malah YDP Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah serta SPB Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin turut merakamkan rasa dukacita dan menyampaikan ucapan takziah buat keluarga arwah

ALLAHYARHAM KOPERAL SAFWAN BIN MOHAMAD ISMAIL : GUGURNYA WIRA SANG SAKA BIRU

Satu dokumentari khas bagi menghargai jasa dan pengorbanan wira negara, Allahyarham Koperal Safwan Bin Mohamad Ismail yang gugur semasa bertugas di sekatan jalanraya Plaza Tol Kajang, Lekas pada 03 Mei 2020 jam 2.20 pagi setelah dirempuh oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda. Al-Fatihah.

Posted by RMP TV on Monday, 4 May 2020

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.