
Tular Cerita Mengetuai Nasa, Dr Amani Perjelas Perkara Sebenar
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kisah Dr Amani Salim, wanita pertama Malaysia yang pernah terbabit dengan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara (NASA) kembali menjadi sebutan rakyat Malaysia baru-baru ini.
Ini susulan kontroversi yang membabitkan seorang pengguna Twitter, Azhar Ali yang dilaporkan menjadi mangsa penipuan tawaran biasiswa NASA beberapa hari lalu.
Namun di saat kejayaan dan namanya hangat diperkatakan, beliau yang kini bergelar Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim, dan bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Bioteknologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tampil membetulkan salah faham pada versi yang tular membabitkan peranannya semasa berada di sana.

Menerusi Twitter, Dr Amani tampil menjelaskan perihal sebenar berkongsi kepada orang ramai.
Saya tidak mengetuai 28 saintis
“Saya membetulkan beberapa fakta yang sedang tersebar di media sosial mengenai saya”.
“Saya bukan wanita pertama yang bekerja di projek Nano-Satellite NASA
“Saya tidak mengetuai 28 saintis NASA, saya adalah Principal Investigator dan mengetuai science payload development. “
Misi ini terlalu besar untuk hanya satu ketua
Tambahnya lagi, misi tersebut juga terlalu besar untuk hanya dikendalikan oleh seorang ketua
“Misi itu terlalu besar untuk dipertanggungjawabkan kepada hanya seorang ketua”
Menurutnya angka 28 itu sebenarnya juga adalah angka anggaran malahan tiada sesiapa di antara mereka yang mengetahui jumlah tenaga yang terlibat didalam menjayakan projek tersebut.
2. I don’t lead 28 NASA scientists, I was the Principal Investigator and lead the science payload development. In NASA mission, we don’t have leaders, we have Project Manager, Program Manager, Chief Technologist, and Principal Investigator.
— Amani Salim (@kenisalim) May 3, 2020
3. 28 NASA scientists is a made up number to show many are involved in a mission, we clearly do not know how many are involved making rockets, ensuring launch is successful and ect.
— Amani Salim (@kenisalim) May 3, 2020
Tambahnya lagi dia juga bukan pekerja NASA sebaliknya bekerja bersama University of Purdue . Dia kemudian dilantik menjadi penyelidik utama memandangkan bosnya memegang satu posisi yang besar di NASA.
4. I didn’t work at NASA as an employee, I was at Purdue University and was appointed to lead the science payload as Principal Investigator as my boss was holding a larger position at NASA.
— Amani Salim (@kenisalim) May 3, 2020
Meskipun merendah diri dengan menjelaskan semua ini, pencapaian beliau sememangnya begitu membanggakan memandangkan NASA adalah pelopor program angkasa lepas dan antara agensi sains terbesar dunia.