
Penyelidik Australia Puji Cara Malaysia Kendali Wabak Covid-19
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nampaknya usaha tanpa henti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diketuai Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham semakin mendapat pengiktiran global
Selepas usaha keras Dr Noor Hisham diangkat media China dan kemudiannya dipuji , sebuah badan penyelidik dunia, The Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi) terbaru beliau dan pasukkannya sekali lagi diiktiraf di peringkat global kali ini oleh penyelidik dari Australia, Stewart Nixon dari The Australian National University (ANU)
Portal Channel News Asia melaporkan penyelidik berkenaan bukan sahaja memandang tinggi langkah-langkah yang diambil malah memuji cara kerajaan Malaysia mengendalikan virus maut ini sedangkan dua minggu sebelumnya negara kita baru sahaja menghadapi krisis politik.
Perkara ini dikongsikan seorang pakar perubatan Dr Jemilah Mahmood menerusi laman Twitter miliknya. Beliau dalam masa sama turut megambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Dr Noor Hisham dan seluruh pasukannya
Kudos @KKMPutrajaya @DGHisham 4leadership. All frontliners & backliners who continually worked to protect Malaysia. Thank you is not enough but may you be rewarded abundantly in every way. The road is long but Malaysia is United to end COVID19. Syabas. https://t.co/6TCwHAfWQ2
— Dr Jemilah Mahmood (@JemilahMahmood) May 5, 2020
Menerusi laporan yang dikeluarkan CNA, antara langkah efektif yang dilakukan kerajaan Malaysia bertindak tegas adalah dengan menghadkan semua jenis aktiviti di luar rumah di sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Ini boleh dilihat apabila kerajaan bertindak menutup semua premis perniagaan dan melarang sebarang aktiviti melibatkan orang ramai serta melaksanakan Sekatan Jalanraya yang diuruskan pasukan keselamtan yang terdiri dari anggota polis dan tentera

Tambah penyelidik itu lagi, rakyat Malaysia sendiri wajar dipuji apabila ada diantara mereka yang mengambil inisiatif dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang terjejas teruk .
Buktinya boleh dilihat apabila banyak pihak antaranya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), kumpulan sukarelawan dan individu yang dilihat turun padang membantu rakyat yang kesusahan susulan dari pelaksanaan PKP.

Selain itu juga, dasar kerajaan Malaysia yang tidak mengabaikan kebajikan warga asing juga mendapat pujian Nixon. Tanpa memilih status warga asing tersebut, kerajaan akan melakukan saringan dan menyediakan segala keperluan yang diperlukan sekiranya mereka dikuarantin.
Dalam pada itu, Nixon turut berharap agar negara lain mencontohi langkah-langkah yang diambil Malaysia dalam menangani wabak Covid-19.
Namun semua usaha pasukan petugas barisan hadapan akan menjadi sia-sia sekiranya rakyat Malaysia masih tidak mematuhi saranan KKM dan menghentikan rantaian wabak Covid-19 secara total.