fbpx
Now Reading
Tular Suara Misteri Mengaji Dalam Gelap Di Indonesia, Ini Ayat Yang Di Bacanya (Video)

Tular Suara Misteri Mengaji Dalam Gelap Di Indonesia, Ini Ayat Yang Di Bacanya (Video)

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B_xoqoMFp--/

Rasanya sekalian umat islam pasti mengetahui apabila tibanya bulan Ramadan, syaitan akan diikat sehinggalah masuknya malam 1 Syawal. Buat kita semua secara amnya tiada syaitan maka tiadalah hantu ?

Namun satu kejadian misteri yang terjadi di sebuah masjid di Universitas Sultan Ageng Tirtayasa ( Untirta) di Banten Indonesia benar-benar mengejutkan netizen di sana.

Alunan suara wanita mengaji

Menerusi satu klip video yang tular di sana, dapat didengarkan alunan suara seorang wanita yang sedang mengaji namun si pelantun suara tersebut bagaimanapun tidak kelihatan di dalam klip video berkenaan.

Difahamkan semuanya bermula apabila si perakam yang juga pengawal keselamatan di universiti terbabit terdengar suara orang seakan sedang mengaji.

Suara senyap begitu sahaja

Dia kemudian bergegas ke bangunan tersebut untuk menyiasat dari mana datangnya suara terbabit. Namun setiba di sana dia bukan sahaja tidak menemui apa-apa malahan suara berkenaan diam begitu sahaja.

Dia kemudian bergerak ke bangunan disebelahnya sebelum terdengar suara seseorang sedang berbual. Di situ juga dia terlihat kelibat seorang wanita di tingkat 4 bangunan terbabit.

Minta rakan teman

Dia kemudian bertindak mendapatkan bantuan seorang rakannya untuk mencari individu terbabit. Tiba disana suara mengaji itu sekali lagi kedengaran.

Mereka yang bingung kemudian bertindak merakam suara tersebut sebelum suara itu menghilang sekali lagi. Difahamkan video yang tular adalah video yang dirakam mereka

Gagal menemui apa-apa mereka kemudian pulang ke pos kawalan sebelum mereka terjumpa seorang wanita misteri dengan rambut terjurai yang sedang duduk dalam keadaan bergelap di dalam masjid universiti berkenaan.

Walau bagaimanapun, beberapa pensyarah yang bekerja di universiti itu mengesahkan kesahihan video dan gambar wanita misteri tersebut.,

Namun Canselor Universiti terbabit, Fatah Sulaiman, yang ditemu bual media memberitahu bahawa wanita yang dijumpai itu bukanlah makhluk halus, sebaliknya mempunyai masalah hilang ingatan.

Dipercayai Surah Al -Qalam

Memetik Banpos, wanita berkenaan difahamkan sedang membaca surah Al-Qalam ayat 19 hingga 29 sebelum melangkau ke ayat 32.

Yang menariknya tafsiran bagi ayat tersebut seolah berkait rapat dengan kejadian yang sedang berlaku di seluruh dunia ketika ini.

Berikut adalah terjemahan ayat berkenaan:

(19) Lalu kebun itu ditimpa bencana (yang datang) dari Tuhanmu ketika mereka sedang tidur.

(20) Maka jadilah kebun itu hitam seperti malam yang gelap gulita,

(21) Lalu pada pagi hari mereka saling memanggil.

(22) ”Pergilah pagi-pagi ke kebunmu jika kamu hendak memetik hasil.”

(23) Maka mereka pun berangkat sambil berbisik-bisik.

(24) ”Pada hari ini jangan sampai ada orang miskin masuk ke dalam kebunmu.”

(25) Dan berangkatlah mereka pada pagi hari dengan niat menghalangi (orang-orang miskin) padahal mereka mampu (menolongnya).

(26) Maka ketika mereka melihat kebun itu, mereka berkata, “Sungguh, kita ini benar-benar orang-orang yang sesat,

(27) Bahkan kita tidak memperoleh apa pun,”

(28) Berkatalah seorang yang paling bijak di antara mereka, “Bukankah aku telah mengatakan kepadamu, mengapa kamu tidak bertasbih (kepada Tuhanmu).”

(29) Mereka mengucapkan, “Maha Suci Tuhan kami, sungguh, kami adalah orang-orang yang zalim.”

(32) Mudah-mudahan Tuhan memberikan ganti kepada kita dengan (kebun) yang lebih baik daripada yang ini, sungguh, kita mengharapkan ampunan dari Tuhan kita.”

Adakah ini kebetulan atau disengajakan? Wallahualam..

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.