fbpx

Covid-19 : Rakyat Malaysia Sembuh Selepas 45 Hari Koma Di Argentina

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini di browser anda


Ajaib! Berkat Ramadan, seorang rakyat Malaysia yang dilaporkan koma selama 45 hari susulan dijangkiti wabak Covid-19 di Argentina akhirnya disahkan pulih.

Mohd Zaidy Abdul Rahman, 43 sebelum ini telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Houssay, Argentina dan difahamkan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

 Namun atas kuasa tuhan, genap 45 hari menjalani rawatan di sana, dia dilaporkan tersedar dan disahkan pulis sepenuhnya dari virus maut tersebut.

Foto : MendozaPost

Berita ini pastinya satu berita yang dinantikan oleh keluarganya yang berada jauh di Malaysia .

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Mohd Zaidy dirawat bersama seorang lagi rakyat Malaysia, Zaid Abdullah, 69.

“Mohd Zaidy diletakkan dalam unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan sokongan pernafasan, namun ajaibnya dia sedar selepas koma selama 45 hari.

Sehubungan itu Duta Besar Malaysia ke Argentina, Datuk Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak telah menghantar surat penghargaan atasa usaha keras petugas hospital terbabit merawat Zaidy dan Zaid radi sama.

“Dia kemudiannya dibenarkan keluar hospital pada 1 Mei, manakala Zaid pula disahkan keluar dari hospital berkenaan 26 Mac lalu,” kata Wisma Putra.

Diraikan hospital berkenaan

Yang lebih manisnya dia turut diraikan oleh petugas perubatan hospital berkenaan dalam satu upacara perpisahan khas sebelum dibenarkan keluar.

Video majlis tersebut tular di media sosial selepas Grup Facebook Kami Budak MRSM berkongsikan kisah Zaid kepada umum.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.