fbpx
Now Reading
“Elak Jadikan Solat Bahan Jenaka” – Ustaz Ini Tegur Trend Viralkan Video Solat

“Elak Jadikan Solat Bahan Jenaka” – Ustaz Ini Tegur Trend Viralkan Video Solat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mereka yang mempunyai anak kecil atau yang berpengalaman menjaga anak kecil pasti faham situasi diganggu mereka sewaktu sedang bersolat.

Nak marah memang tak boleh la kan? Apa lah yang dorang tahu di usia sebesar itu?

Ada kes dimana si anak kecil mengampil kesempatan untuk duduk di kepala saat sedang bersujud, malah ada yang terpaksa menghentikan solat seperti kes yang viral baru-baru ini dimana seorang cucu menyelinap masuk ke kain atuknya ketika sedang beribadat.

Kelakar bukan?

Kesalahan besar kerana dijadikan bahan jenaka

Namun penulis sendiri baru mengetahui bahawa perbuatan itu merupakan satu kesalahan besar kerana solat merupakan ibadah yang tertinggi yang tidak boleh dijadikan bahan gelak tawa.

Ustaz Nik Nizam Nasir, pegawai agama (dakwah) jajahan Bachok yang juga penulis ” Aku Bukan Pendosa” menerusi Facebooknya mendedahkan perbuatan sebegitu sebenarnya seolah-olah mempersendakan agama.

Teguran bagi sesiapa yang mengviralkan/share video lucu berkenaan solat. Akhir akhir ini banyak video diviralkan berkenaan dengan solat dibatalkan tanpa ada apa unsur syarie. Yang menjadi permasalahannya kita turut share dan ketawa dengan jenaka tersebut. 

Adakah solat boleh dibuat gurauan, bahan ketawa /jenaka atau sendaan? Walaupun tujuan asal kita bukan niat nak persendakan agama tapi bila share dan menjadikan ianya satu bahan jenaka, ia memang menjadi satu kesalahan yang sangat besar.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan al-Quran supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia usahakan (dari perbuatan buruk dan keji).

Elak dari berkongsi foto / video seumpama itu

Tambah beliau, sebarang seorang muslim, kita tidak sepatutnya berkongsi gambar dan video seumpana itu. Mesipun tanpa niat perkara sedemikan seolah memperkecilkan tuntutan agama

Antara perkara yang dianggap mempersendakan agama ialah mempermainkan dan mempersendakan ajaran Islam sama ada melalui lisan atau perbuatan, memperkecilkan tuntutan agama atau menjadikan sesuatu ibadat terutamanya bab SOLAT sebagai satu bahan jenaka. 

Sepatutnya kita tidak akan berkongsi/ share video seumpama itu. Seharusnya seorang Muslim menjauhkan diri dari perbuatan mempersendakan agama atau menjadikan solat sebagai satu bahan jenaka.

Ulama berpendapat haram batalkan solat dengan sengaja

Apakah hukum memberhentikan solat dengan sengaja?
Perbahasan mengenai membatalkan Ibadah ( khusnya solat) dengan sengaja, Ulamak membezakan antara solat ( ibadah ) fardhu dan solat ( ibadah ) sunat.

Secara amnya, bagi solat fardhu , ulamak mengatakan tidak boleh kita memberhentikan solat tanpa ada uzur syarie. Dalilnya firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَلَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ
Erinya : “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul Dan janganlah kamu membatalkan amalan-amalan kamu.

Dari ayat diatas, ulamak mengatakan haram hukumnya jika kita sengaja membatalkan solat tanpa ada alasan yang kukuh.

Imam anNawawi rahimahullah didalam kitabnya al majmuk ada menyatakan,
إذَا دَخَلَ فِي صَلَاةٍ مَفْرُوضَةٍ فِي أَوَّلِ وَقْتِهَا حَرُمَ عَلَيْهِ قَطْعُهَا مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ وَإِنْ كَانَ الْوَقْتُ وَاسِعًا

Ertinya: “Jika seseorang mengerjakan solat di awal waktunya, haram bagi dirinya membatalkan solat tersebut dengan sengaja tanpa uzur syar’i, meskipun waktu kesempatan untuk melaksanakannya masih panjang.” (Majmu’ Syarh al-muhadzab, Imam an-Nawawi,)

Begitu juga didalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah menyebut bahawa:

قَطْعُ الْعِبَادَةِ الْوَاجِبَةِ بَعْدَ الشُّرُوعِ فِيهَا بِلاَ مُسَوِّغٍ شَرْعِيٍّ غَيْرُ جَائِزٍ بِاتِّفَاقِ الْفُقَهَاءِ
Maksudnya: “Membatalkan ibadah yang wajib setelah datang waktu syariat memulakannya tanpa uzur syar’i adalah dilarang berdasar kesepakatan ulama.” (Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah, 34/51, versi al-Maktabah asy-Syamilah)

Apakah uzur syarie yg boleh membatalkan solat?

Dalam hal ini Syeikh Muhammad Shalih al-Munajjid Fakkallahu asrah menjelaskan, diantara uzur syarie yang boleh diambil kira dalam permasaalahan ini ialah:

1. Takut kehilangan nyawa, baik karena sebab ancaman serangan musuh, serangan binatang buas.
2. Takut kehilangan harta.
3. Ada orang yang memerlukan pertolongan darurat dimana tidak ada orang lain yang dapat menolongnya.

Solat adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Oleh itu jika seseorang sedang menunaikan solat fardhu, maka ia tidak boleh membatalkannya kecuali jika terdapat hal darurat seperti menyelamatkan nyawa yang berada di dalam bahaya atau harta benda yang berharga.

Ini kerana membatalkan ibadah tanpa sebab yang diizinkan oleh syarak adalah satu perbuatan yang sia-sia dan bersalahan dengan kehormatan solat.

Adapun, jika ia melibatkan solat sunat, maka dia boleh menghentikan solatnya, itu pun hanya untuk perkara-perkara yang penting sahaja.

Netizen tak perlulah kongsikan hal tersebut

Apa yg penting ialah netizen tak perlulah mengviralkan hal tersebut, share dan sebagainya supaya kita dapat menjaga kehormatan solat dan tidak mempermain-mainkan ibadah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.