“Satu Staf Positif, Seluruh Syarikat Akan Ditutup” – Ismail Sabri

Sila subscribe telegram kami untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara di sini atau copy & paste link di sini : https://t.me/buzzkini


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media harian hari ini menegaskan kerajaan akan menutup keseluruhan operasi sesebuah syarikat tanpa mengira apa sektor sekiranya salah seorang pekerja didapati positi wabak Covid-19

Menurutnya peraturan berkenaan dikuatkuasakan ekoran penutupan satu kawasan tapak pembinaan di Jalan Ampang selepas seorang pekerja mereka disahkan positif. 

Namun ini dikecualikan sekiranya syarikat tersebut menjaga kebajikan pekerja mereka antaranya dengan mewajibkan ujian saringan tidak kira pekerja tempatan mahupun pekerja warga asing.

Kerajaan beri dua pilihan

Mengulas lanjut, Ismail berkata kerajaan memberi pihak majikan dua pilihan iaitu menghantar kesemua pekerja mereka terutamanya warga asing bagi menjalalani saringan kesihatan atau berdepan penutupan perniagaan sekiranya ada pekerja yang disahkan positif di kemudian harinya

“Contohnya, kes di tapak pembinaan di Ampang, kita terpaksa tutup kerana ada kes positif COVID-19. Jika majikan tapak pembinaan itu buat ujian awal untuk COVID-19 sudah tentu kita tidak perlu tutup tempat itu dan hanya pesakit disahkan positif saja dirawat dan yang negatif boleh kembali bekerja,” katanya.

Arahan demi selamatkan perniagaan dan pekerja

Foto : Malaysiakini

Tambah beliau penguatkuasaan ini dilakukan demi keselamatan pekerja dan demi kelangsungan perniagaan

“Alasan kami mewajibkan pemeriksaan setiap kakitangan adalah kerana kami mahu menyelamatkan perniagaan dengan menyelamatkan pekerja,” katanya kepada portal berita NSTP dan BH.

Akhirnya, majikan harus bertanggunjawab di atas semua pekerja mereka kerana tanpa pekerja, syarikat tidak dapat beroperasi kan?” tambahnya lagi. 

Dalam pada itu beliau turut mengingkatkan para majikan agar sentiasa menjaga kebajikan pekerja.

“Layan pekerja anda seperti mana anda melayan ahli keluarga anda. Sama ada suka atau tidak, kita semua harus berkorban,” kata beliau lagi. 

Perkeso tanggung saringan 60% pekerja asing yang mencarum

Ismail dalam masa sama turut mendedahkan lebih 60 peratus pekerja asing di negara ini mencarum dengan PERKESO. Ini secara automatik memberikan syarikat kelebihan dimana kos ujian saringan kesihatan bagi pekerja tersebut akan dibiayai PERKESO.

Pekerja yang mencarum PERKESO termasuk warga asing menunggu untuk membuat saringan COVID-19 di BP Specialist Diagnostic Services, Medan Tunku Foto : BH/ Mohd Yusni Ariffin

“Bagi majikan yang menanggung sendiri pekerja ini mereka boleh berbincang dengan pekerja bagaimana kos berkenaan ditanggung bersama atau pekerja dipotong gaji untuk kos ujian berkenaan.

“Apa yang penting, kos ini adalah tanggungjawab majikan. Ini kerana yang tutup perniagaan dan rugi adalah majikan, bukan pekerja,” katanya.

Terdahulu media tempatan melaporkan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menolak saringan COVID-19 ke atas semua pekerja asing kerana majikan perlu menanggung kos kira-kira RM1.15 bilion.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago