Sekian Lama Bermegah, Jenama ‘Fake’ Supreme Kalah Di China
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jenama pakaian streetwear ‘Supreme’ bagaikan satu fenoma sebelum ini, bukan sahaja diminati orang muda malah turut dipromosikan golongan selebriti tempatan juga antarabangsa.
Namun tidak ramai yang menyedari, melainkan anda memang kaki fesyen dan sentiasa peka dengan perkembangan dunia fesyen, jenama Supreme yang banyak terjual di seluruh dunia ketika ini merupakan jenama tiruan iaitu Supreme Italia milik syarikat International Brand Firm (IBF) yang berpangkalan di Itali dan didaftarkan di UK.
“Oh saya beli baju saya di Spain! Europe kot!”
Maaf! Jenama asal Supreme iaitu Supreme New York hanya berada di London (UK) dan Paris (France) bagi pasaran Eropah selebihnya di Jepun dan Amerika Syarikat. Selain dari itu, selamat untuk dikatakan ianyalah adalah dari jenama ciplak.
Supreme ‘asli’ hanya mempunyai 12 outlet di SELURUH dunia
Malah secara keseluruhannya, jenama original Supreme hanya mempunyai 12 buah cawangan atau kedai di seluruh dunia. Memang boleh dikategorikan ‘malu-malu kucing’ bukan?
Jangan risau bukan anda sahaja tertipu, syarikat gergasi Korea Selatan, Samsung juga pernah tertipu dan nyaris berkolaborasi dengan mereka. Ini kerana Samsung menyangkakan mereka sedang berurusan dengan Supreme New York yang diasaskan James Jebbia sebelum bertindak membatalkan kolaborasi tersebut.
Selebihnya adalah ciplak dengan butik terbesar di China
Menariknya tahun lalu, IBF telah mmembuka satu butik ‘Flagship’ Supreme Italia sebesar 3 tingkat di Shangai dalam mengembangkan empayar mereka ke Asia.
Tindakan berani mati mereka ini bukan sahaja menarik perhatian seluruh dunia malah menaikkan kemarahan James Jebbia.
“Ini adalah sesuatu yang baru oleh perusahaan jenayah ini – si penipu dan peniru,” jelas Jebbia dalam satu temuramah bersama Business of Fashion.
Bahkan media di China menyelar tindakan syarikat berkenaan seolah sengaja menjatuhkan nama China di pandangan masyarakat luar.
Taktik kotor IBF kantoi dan kini tidak dapat bermegah lagi
Terbaharu taktik kotor IBF dilihat sudah terbantut selepas pihak berkuasa China meluluskan permohonan hak Trademark oleh Supreme New York bagi pasaran di sana.
Malah kerajaan China meluluskan kebenaran Supreme untuk melantik seorang wakil legit check bagi produk mereka di negara republik itu.
Keputusan ini bermakna, China kini hanya membenarkan penjualan produk jenama Supreme yang asli sahaja sekaligus memaksa penutupan semua kedai milik IBF di China.
Ini merupakan satu tamparan hebat buat IBF yang sebelum ini mendakwa mereka memegang hak trademark Supreme di negara republik itu. Mereka bukan sahaja dimalukan, malah pasti menanggung kerugian yang besar selepas semua kedai mereka diarahkan tutup di sana.
Keputusan ini juga bermakna Supreme New York kini sudah menambah bilangan koleksi hak pendaftaran bagi jenama ‘Supreme’ di seluruh dunia.
Foto Header Credit: HypeBeast