BPN : Keputusan Sudah Boleh Disemak & Ini FAQ Permohonan Baharu & Rayuan

Pemohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah mengemukakan permohonan mereka sebelum ini pasti tertanya-tanya apakah status permohonan mereka setakat ini.

Terbaru menerusi satu kenyataan media, Menteri Kewangan, Tengku Dato’Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bahawa status permohonan BPN sudah boleh disemak di laman https://bpn.hasil.gov.my bermula dari hari ini , 9 Mei 2020

Buat anda yang lulus tahniah dari kami , anda mungkin boleh skip dan sambung membaca artikel kami di bawah dan bersedia menerima pembayaran anda yang dilakukan secara sekaligus bermula dari 15 Mei 2020.

Namun buat anda yang gagal ( sama seperti penulis) dukacita dimaklumkan LHDN menerusi FAQ di bawah telah mengumumkan tiada sebarang rayuan yang boleh dilakukan oleh pemohon selepas 30 April.

Ini bermakna keputusan adalah muktamad dan tidak boleh dirayu. (Rujuk FAQ No 6 di bawah)

Dibawah kami kongsikan soalan lazim (FAQ) terbaru yang dikeluarkan LHDN berkaitan permohonan baharu dan rayuan bagi BPN untuk rujukan anda semua :


1.Apakah yang dimaksudkan dengan status permohonan adalah “DALAM PROSES” atau “DALAM PROSES RAYUAN”?

Status “DALAM PROSES” atau “DALAM PROSES RAYUAN” adalah merujuk kepada
permohonan baharu atau rayuan

2.Bilakah kelulusan status permohonan baharu dan rayuan BPN akan dipaparkan?

Status kelulusan permohonan baharu dan rayuan BPN akan dipaparkan di Portal BPN, https://bpn.hasil.gov.my mulai 9 Mei 2020.

3.Bilakah tarikh pembayaran bagi permohonan baharu dan rayuan BPN yang telah lulus akan dibuat?

Pembayaran sekali gus akan dibuat seperti berikut:

i. Kaedah pembayaran secara pengkreditan terus ke akaun bank penerima akan diproses secara berperingkat mulai 15 Mei 2020.
ii. Sekiranya paparan di Portal BPN menunjukkan Tiada Akaun atau status pengkreditan adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dilakukan secara penunaian di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja. Penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad dan Nombor Siri yang dipaparkan pada Maklumat Pembayaran di Portal BPN, https://bpn.hasil.gov.my.

4.Bilakah tarikh akhir penunaian BPN di Kaunter BSN boleh dibuat?

Penerima perlu membuat penunaian di Kaunter BSN selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020

5. Berdasarkan semakan status permohonan baharu atau rayuan BPN mendapati saya berstatus Tidak Lulus. Apakah yang perlu saya lakukan?

Keputusan yang dipaparkan adalah kekal dan muktamad. Semakan kelulusan dikategorikan sebagai Tidak Lulus berdasarkan beberapa alasan berikut:

Bil Alasan Tidak Lulus
1Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan had umur memohon
2Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM8,000
3Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM4,000
4Semakan mendapati pemohon merupakan pelajar
5Tidak layak kerana pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (SSM). Walau bagaimanapun, pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin (GKP) melalui https://gkp.hasil.gov.my jika berkelayakan.
6Status kahwin dengan maklumat yang sama

6. Adakah saya boleh mengemukakan rayuan sekiranya permohonan saya berstatus Tidak Lulus?

Tidak. Kelulusan yang dipaparkan di Portal BPN adalah kekal dan muktamad. Buat masa ini, rayuan ke atas permohonan BPN yang berstatus Tidak Lulus belum diputuskan oleh Kerajaan.

7. Saya tidak berjaya membuat permohonan baharu atau rayuan BPN. Adakah saya masih berpeluang membuat permohonan?

Tarikh permohonan BPN telah berakhir pada 30 April 2020 dan tiada lanjutan tarikh permohonan.

8. Saya telah lulus permohonan baharu, walau bagaimanapun akaun yang didaftarkan adalah tidak aktif. Bagaimanakah status bayaran BPN saya?

Bagi pemohon yang ada melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan baharu atau rayuan BPN, tetapi proses pengkreditan berstatus Gagal Kredit ke akaun tersebut, tarikhpenunaian bagi tuntutan bayaran BPN berkenaan akan dimaklumkan kelak.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

17 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

17 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

17 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

18 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

18 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

19 hours ago