fbpx
Now Reading
Qatar Airways Belanja 100,000 Tiket Flight Percuma Buat Frontliners Seluruh Dunia Termasuk Malaysia

Qatar Airways Belanja 100,000 Tiket Flight Percuma Buat Frontliners Seluruh Dunia Termasuk Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini ke browser anda


Sebagai menghargai jasa dan usaha keras petugas kesihatan dalam mengawal penularan wabak Covid-19, syarikat penerbangan terkemuka Qatar Airways telah menawarkan 100,000 tiket penerbangan khas buat mereka.

Yang menariknya tawaran penerbangan percuma ini dibuka kepada semua petugas kesihatan dari seluruh dunia bersempena dengan Hari Jururawat Sedunia.

Ketua Eksekutif Kumpulan Qatar Airways, Akbar Al Baker,dalam satu kenyaatan berkata pihak mereka bersyukur di atas segala usaha dan komitmen yang diberikan oleh petugas kesihatan di seluruh dunia

Justeru mereka berpendapat tiada apa yang mampu mereka lakukan sebalikna hanya menawarkan tiket penerbangan pergi dan balik melalui Qatar Airways yang diharap mampu membuat mereka gembira

“Barisan petugas kesihatan profesional sangat komited dalam menjaga pesakit dan membantu menghalang penularan wabak ini tidak mengira masa. 

“Kebaikan, dedikasi dan tanggungjawab mereka telah menyelamatkan banyak nyawa di serata dunia.

“Inilah masanya untuk kamu berikan hadiah membalas jasa kepada petugas kesihatan. Tidak ada apa yang mampu membayar mereka yang berani ini cuma kami berharap tawaran tiket penerbangan pergi balik Qatar Airways ini boleh membuatkan mereka gembira,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi mereka.

United in dedication, we share our gratitude

United in dedication, we share our gratitude. On the occasion of International Nurses Day, from tomorrow until 18 May we're giving away 100,000 complimentary return tickets to healthcare professionals to anywhere on the Qatar Airways network at qatarairways.com/ThankYouHeroes.

Posted by Qatar Airways on Monday, May 11, 2020

Difahamkan mereka yang terpilih akan menerima kod promo untuk dua tiket percuma kelas ekonomi, ke mana-mana sahaja destinasi yang berada di dalam rangkaian penerbangan Qatar Airways. 

Permohonan terhad untuk siapa cepat, dia dapat ini sudah boleh dimohon bermula hari ini sehingga 18 Mei manakala tiket penerbangan boleh digunakan dari tempoh 26 November sehingga 10 Disember 2020. 

Jadi buat petugas kesihatan Malaysia ini masanya untuk anda menikmati percutian pendek selepas hampir 4 bulan berjuang.

Buat petugas kesihatan yang ingin memohon boleh lah ke www.qatarairways.com/ThankYouHeroes dengan menghantar borang untuk menerima kod promo unik. 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.