fbpx
Now Reading
Bertahun Berkelana, Lelaki Ini Kongsi Gaya Hidup Orang ‘Have-Have’ Di Jerman

Bertahun Berkelana, Lelaki Ini Kongsi Gaya Hidup Orang ‘Have-Have’ Di Jerman

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semua orang pasti bersetuju kalau kami katakan kebanyakan rakyat Malaysia agak memandang tinggi pada orang kita yang berada di luar negara terutamanya di negara-negara maju.

Malah ada juga yang beranggapan kehidupan mereka disana bukan sahaja jauh lebih baik malah lengkap serba-serbi apatah lagi pendapatan di sana jika ditukar kesini pasti berlipat ganda jadinya.

Namun menerusi Facebook, seorang lelaki, Khairolizam Muhaidi yang sudah sedekad berkelana di luar negara tampil menepis tanggapan stereotype orang ramai berhubung perkara ini.

Dalam masa sama Khairolizam turut berkongsi gaya kehidupan sebenar mereka di sana yang nyata jauh berbeza dari kehidupan ‘ala-ala kayangan’ seperti yang disogokkan drama-drama tempatan.

Perbezaan lifestyle yang ketara antara Jerman & Malaysia

Di sini saya mahu share pandangan dan pengalaman tentang perbezaan budaya/culture di antara Jerman dan Malaysia. Ditegaskan bukan tujuan atau niat saya untuk bandingkan mana negara baik, mana yang tak baik. Ini berdasarkan pemerhatian saya selama beberapa tahun tinggal di Jerman.

Sejak kami mula merantau ke luar negara atau oversea sejak 10 tahun lepas, memang pandangan orang di Malaysia terhadap kami lain sungguh. Tinggi semacam seperti kita ini tinggal di atas indera kayangan.

Mudahan membuka mata dan minda

Mereka mengibaratkan kami ini seperti di dalam kehidupan yang serba serbi mewah, wang yang berkepok-kepok, berenang di dalam lautan emas, hisap rokok curut, petik jari berebut orang mahu nyalakan curut atau naik kapal layar mewah dan sebagainya.

Tidak seperti yang mereka imiginasikan pun. Saya share pengamatan lihat orang yang merantau ke luar negara. Mudah-mudahan membuka mata dan minda anda seluas-luasnya

Tidak macam cerita drama swasta

Orang ‘ada-ada’ di Jerman ini, memang tidak ada sikap riak, hidung tinggi, sombong, berlagak atau besar kepala yang tipikal. Biarpun dia mempunyai rangkaian bisnes yang berjaya di dalam dan di luar negara. Tidak macam cerita drama swasta di TV kita tengok jam 7 malam.

Bisnes kononnya mesti operate di Suria KLCC, naik kereta mesti BMW 5 series, pakaian mesti jenama Louis Vuitton, naik flight Business Class, rumah seperti istana, ‘palace’ atau mahligai. Stereotype!

Rakyat Jerman bangga dengan hasil anak tempatan

Kebanyakan orang Jerman yang saya jumpa di Jerman memang nampak biasa sahaja. Baik kaya atau miskin. Mereka duduk di apartment atau rumah sederhana, pakai kereta sama sahaja buatan Jerman.

Mereka berbangga dengan hasil buatan anak tempatan seperti Mercedes, BMW, Volkswagen, Audi, Opel dan Porsche. Kereta-kereta ini yang diistilahkan kereta mewah oleh orang Malaysia cuma dijadikan teksi sahaja di Jerman.

Kalau anda teringin sangat hendak merasa naik model latest Mercedes E Class, BMW 5 Series, Audi Q8, Volkswagen Touareg ke, datanglah naik teksi di Jerman. Siap ada driver lagi! Kalau di Malaysia anda nak merasa, sampai ‘kucing bertanduk’lah alamatnya anda melopong.

Malahan orang ‘ada-ada’ di Jerman ini takat dengan kereta second hand sahaja, walau harga kereta di sini cukup murah. Kereta import dari Jepun dan Amerika ada tetapi boleh dikira atas jalan.

Rumah orang Jerman tidak pun renovate 10 kaki ke depan, belakang mahupun sisi. Tiada pagar automatik picit butang. Ramai juga yang selesa menyewa rumah daripada membeli. Anak-anak yang mencecah masuk umur dewasa ‘dihambat’ dari rumah agar berdiri atas kaki sendiri. Merasakan kepayahan mencari wang dengan titik peluh sendiri.

Tiada tekanan sosial, tiada ‘bawang rangers’

Di Jerman, tiada sebarang tekanan sosial, materialistik mahupun kebendaan duniawi seperti di Malaysia. Tiada orang mahu tengok besar mana rumah anda, kereta apa yang anda pandu, handphone jenama apa kamu pakai.

Tiada siapa peduli siapa kamu. Tiada siapa mahu jadi ‘bawang rangers’ macam kat Malaysia. Tiada siapa mahu busybody jaga tepi kain orang. Apa yang anda buat semuanya hal peribadi anda sahaja. Privasi adalah hak anda. Privasinya sehinggakan nombor handphone peribadi tak semudah beri pada orang.

Tambah lelaki ini lagi, majoriti orang disana juga memilih untuk membeli barangan harian di Aldi dan Lidl, antara hypermarket yang menawarkan barangan termurah berbanding pasaraya lain.

Selain dari itu mereka juga lebih gemar mencari barang yang dirasakan berbaloi secara online menerusi web seperti ebay dan lain-lain

Bagi yang gaji besar, tetapi belanja setakat perlu ikut keperluan. Mereka masih lagi shopping di Aldi dan Lidl (discount supermarket yang popular di Jerman), di Primark (butik pakaian yang murah di Jerman) serta masih mencari good deal barang terbaik di eBay, Amazon, Paypal dan sebagainya.

Minta masyarakat ubah tanggapan

Bagi kami sekeluarga pula, setiap tahun bila tiba dua hari raya, tak ada siapa kisah pakai baju Melayu atau baju kurung 5 tahun sudah, mesti/wajib menukar langsir baru, mesti tukar/show off kereta model terkini sebab mahu tayang pada saudara-mara dan sahabat handai.

Janganlah anggap mereka yang di luar negara seronok atau serba-serbi mewah. Mereka struggling juga nak mencari sesuap nasi. Ini termasuklah kami sekeluarga. Rezeki yang Allah Ta’ala kurniakan lain juga bentuk ukurannya.

Tetapi kami suka cara hidup begini. Hidup yang amat bahagia. Tidak serabut dengan apa orang ngumpat sana-sini. Bila orang mengata, kadang hidup kita pula jadi serba-serbi tidak kena. Kiri tak boleh, kanan pun tak boleh. ‘Lebih baik’ duduk luar negara. Aman dan bahagia dalam segala-galanya. Hati puas, tenang dan menyenangkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.