fbpx
Now Reading
Covid-19 : Penumpang Pesawat AK5742 (1Mei) & AK5740 (4Mei) KL – Tawau Diminta Buat Saringan

Covid-19 : Penumpang Pesawat AK5742 (1Mei) & AK5740 (4Mei) KL – Tawau Diminta Buat Saringan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini pada browser anda


Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau meminta kesemua 402 penumpang penerbangan AirAsia A5742 pada 1 Mei dan AK5740, 4 Mei dari Kuala Lumpur ke Tawau untuk hadir ke klinik kesihatan terdekat bagi menjalani ujian saringan kedua Covid 19 susulan terdapat kes yang dikesan dalam dua penerbangan tersebut.

Menurut Pegawai Kesihatan Kawasan II Tawau Dr Suzalina Sulaiman, setakat pagi tadi terdapat 39 individu yang telah menjalami saringan di klinik kesihatan di Kubota

Tambahnya lagi, pesakit-pesakit yang disahkan positif itu dilaporkan tidak bersimptom.

“Individu yang dikesan positif dalam kedua-dua penerbangan berkenaan tidak bersimptom,” katanya ketika ditemui di pejabat kesihatan di sini hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya juga berjaya mengesan 3 pelajar yang dilaporkan menginkari arahan kuarantin selepas pulang ke Tawau.

“Kita ada terima aduan orang awam dan kita buat intipan serta ambil gambar sebagai bukti. Ketiga-tiga pelajar ini akan dibawa ke mahkamah untuk didakwa,” katanya.

Lebih merisaukan, ketiga mereka antara 402 penumpang penerbangan AirAsia yang diminta menjalani saringan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.