Covid-19 : Kes Kematian Ke-110 Yang Begitu Memilukan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini pada browser anda
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Noor Hisham semalam mengumumkan 2 lagi kematian menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kepada 111 orang.
Kes ke 111 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 90 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit kronik pernafasan,
Manakala bagi kes ke- 110 pula, mangsa seorang rakyat Malaysia berjantina lelaki dan berumur 30 tahun difahamkan ditemui sudah tidak bernyawa di Rompin Pahang sebelum ujian bedah siasat mengesahkan arwah positif wabak tersebut.
Namun kisah lanjut mengenai kes kematian ke-110 yang dikongsikan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia menerusi Facebook benar-benar mengundang hiba di kalangan netizen.
Berjalan kaki dari Segamat ke Kuala Terengganu
Mangsa, Mohd Haszlee bin Hashim difahamkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Kuala Terengganu dengan hanya berjalan kaki dari Segamat, Johor
Jenazah mangsa yang dihantar dari Hospital Muadzam Shah ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang kemudiannya disahkan positif Covid-19 selepas ujian saringan dijalankan terhadapnya
Merindui anaknya yang berada di kampung
Lebih memilukan punca sebenar dia sanggup berjalan kaki dari Segamat Johor untuk pulang ke Kuala Terengganu adalah kerana rasa merindui anaknya yang berada di kampung
“Arwah dikatakan terlalu rindukan anaknya di kampung menyebabkan dia berkeras untuk pulang dengan berjalan selepas sekian lama terpisah dengan keluarga sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula.
“Di pertengahan jalan ada sumber memaklumkan kepada kami, arwah ada melintasi lokasi sekatan jalan raya (SJR) dan anggota bertugas melihatnya dalam keadaan lemah serta tidak bermaya.
“Atas ihsan mereka, arwah diberikan makanan dan dinasihatkan untuk tidak meneruskan perjalanannya. Namun, dia berkeras untuk berjalan pulang sejak pagi Jumaat lalu, 8 Mei 2020
Keluarga mohon bantuan selepas gagal menghubungi arwah
Namun setelah gagal dihubungi, keluarga arwah kemudiannya memohon bantuan pihak berkuasa bagi mengesan arwah
“Bimbang dengan keselamatan dirinya, pihak waris meminta pihak berkuasa mengesan kedudukan arwah setelah gagal untuk dihubungi . Sehinggalah arwah ditemui telah meninggal dunia di tepi jalan menghala ke Muadzam Shah pada tengahari Isnin, 11 Mei 2020.
Jenazah di bawa ke Hospital Kuantan untuk bedah siasat
Jenazah kemudiannya dibawa dari Hospital Muadzam Shah ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk urusan saringan Covid-19. Pihak SPJ kemudianya menguruskan jenazah menggunakan kaedah tayammum sehinggalah disolatkan
Ahli keluarga hanya dapat lihat dari luar cermin
“Ahli keluarganya hanya dapat melihat untuk pengecaman mayat arwah dari luar cermin jendela bilik autopsi sahaja.
Jenazah kemudiannya dibawa ke tanah perkuburan di Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan, Pahang dengan menggunakan Van Jenazah HTAA diiringi sebuah MPV PDRM, 2 buah van KKM dan Van SPJ5.
“Sepanjang tiga jam urusan pengebumian itu, kami perlu memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) bagi mengelak jangkitan Covid-19.
“Cuaca agak panas ketika proses pengebumian itu dan kami perlu mengambus tanah secara bergilir-gilir selepas jenazah dimasukkan ke liang lahad.
“Sepanjang tempoh itu, ada beberapa kali saya seperti mahu pitam kerana terlalu lemas berada dalam keadaan itu dengan peluh mencurah-curah membasahi pakaian kami.
“Sedangkan kami hanya memakai PPE dalam tempoh tiga jam sudah merasa sebegitu, apatah lagi petugas barisan hadapan. Tidak dapat saya bayangkan betapa hebatnya mereka memakai pakaian berkenaan seharian,” katanya.
Tambah SPJ,arwah difahamkan seorang yang sangat bertanggungjawab . Meskipun kesemua mereka terkejut namun tetap redha dengan pemergiannya
“Kakak arwah yang menghubungi kami memaklumkan arwah adiknya itu sangat bertanggungjawab pada keluarganya. Walaupun terkejut dengan khabar berita kematian adiknya itu, dia dan keluarganya tetap redha dan menerima suratan takdir tersebut” tulis mereka lagi.
Takziah kami ucapkan kepada keluarga Arwah. Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali…