15 Tahun Setia Temani Isteri Lumpuh, Edika Yusof ‘Runsing’ Tak Dapat BPN
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini pelakon veteran Norlia Ghani ada mendedahkan yang dia tidak layak untuk mendapatkan baki Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sedangkan sebelum nya sudah menerima pembayaran bagi fasa pertama pada April lalu.
Terbaru aktor tampan yang popular di tahun 90-an Edika Yusof yang kini hanya bergantung harap kerja sepenuh masa sebagai pelakon sahaja turut mengalami keadaan yang sama.
Ya saya tidak layak
Menerusi ruangan komen di IG posting berkaitan Norlia Ghani oleh mStar, Edika mendedahkan dia antara salah seorang yang tidak layak menerima BPN meskipun kini hanya mencari nafkah dengan kerjaya sebagai pelakon sahaja.
Pendedahan itu dilakukan bagi menjawab soalan yang diutarakan pihak mStar sekiranya ada diantara pembaca mereka yang mengalami nasib yang sama seperti pelakon veteran tersebut
Tidak pernah tinggalkan negara selama 15 tahun
Susulan dari komen tersebut, terdapat netizen yang ‘berseloroh’ bertanyakan lokasi bagi percutian luar negara Edika untuk tahun hadapan.
Namun Edika menyatakan yang dia tidak pernah meninggalkan negara sejak 15 tahun yang lalu demi menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan
Susulan dari itu ada netizen yang tampil mencadangkan agar netizen yang berseloroh mengenai ‘destinasi percutian ‘ Edika agar membuat carian di google mengenai kisah pelakon terbabit.
Mungkin sebab ada syarikat
Dalam pada itu kebanyakan mencadangkan agar dia membuat rayuan memandangkan kerajaan telah melanjutkan tempoh rayuan BPN sehingga 31 Mei.
Dalam masa sama ada segelintir yang berpendapat yang permohonan Edika berkemungkinan ditolak kerana memiliki perniagaan sendiri dan mencadangkan nya untuk memohon geran khas prihatin sekiranya ya.