fbpx
Now Reading
Ini Garis Panduan Solat Berjemaah Di Masjid Terpilih Di Wilayah Persekutuan

Ini Garis Panduan Solat Berjemaah Di Masjid Terpilih Di Wilayah Persekutuan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya harapan orang ramai untuk kembali bersolat jemaah di masjid semakin cerah.

Terbaru Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan garis panduan bagi pelaksanaan solat jumaat, solat berjemaah, solat tarawih dan solat sunat Aidilfitri di masjid terpilih yang dibenarkan di kawasan zon hijau sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menerusi infografik yang dikelaurkan tersebut, terdapat beberapa golongan yang tidak dibenarkan hadir iaitu :

  • Warga emas yang berumur 70 tahun ke atas
  • Kanak-kanak di bawah 15 tahun
  • Jemaah yang mempunyai gejala seperti demam , sesak nafas dan sakit tekak
  • Mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, asthma (lelah) penyakit barah dan sebagainya

Selain itu mereka juga perlu bersiap dengan beberapa langkah keselamatan ini sebelum hadir ke masjid iaitu :

  • Mengambil wudhu di rumah
  • Membawa sejadah masing-masing dari rumah
  • Memakai pelitup muka ( face mask) dan hand sanitizer

Selain itu bilangan jemaah yang dibenarkan solat di masjid juga dihadkan antara 3 orang hinggas 30 orang sahaja terdiri daripada pegawai, kakitangan dan anak kariah yang berdaftar.

Panduan sebelum, semasa dan selepas solat

Bagaimapun kebenaran yang akan dikuatkuasakan bermula 15 Mei ini boleh ditarik balik sekiranya terdapat perlanggaran pada arahan dan panduan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.