Netizen Kantoikan CEO Xiaomi Guna Iphone
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini di browser anda
Menjadi seorang CEO kepada satu syarikat gergasi bukanlah suatu perkara mudah.
Anda bukan sahaja harus memerah otak dan memikirkan hala tuju syarikat demi mendapatkan pulangan yang tinggi malah keterampilan, kata-kata dan tindak tanduk anda mencerminkan imej syarikat.
Status sebagai ‘kapten’ juga menyebabkan orang ramai dan media menganggap anda sebagi ‘duta’ atau wakil rasmi bagi syarikat dalam apa jua acara.
Namun sebagai seorang ketua syarikat pasti agak janggal dan kelihatan pelik sekiranya anda menggunakan produk milik syarikat pesaing sedangkan syarikat anda turut mengeluarkan barangan yang sama.
Itu yang terjadi kepada CEO syarikat gergasi Xiaomi, Lei Jun baru-baru ini apabila dia ‘dikantoi’ oleh netizen kerana menggunakan peranti iphone sewaktu memuat naik status di laman media sosial Weibo.
Sama seperti sosial media lain, Weibo turut berkongsi jenis peranti yang anda gunakan semasa memuat naik sesuatu post.
Meskipun Lei Jun telah membuang status tersebut sejurus ia dimuat naik, namun ia tidak mampu menandingi kepantasan netizen yang berjaya melakukan screenshot pada status tersebut sebelum menyebarnya di media sosial.
Perkara ini kemudian menjadi perdebatan hebat di media sosial di China dengan kebanyakan mereka menghentam tindakannya menggunakan peranti milik pesaingnya.
Namun masih ramai yang menyokong Lei Jun antaranya rakan kongsinya Pan Jiutang yang berpendapat adalah tidak salah untuk mencuba apa sahaja jenis peranti yang terdapat di pasaran
Malah pada Jiutang mereka yang menafikan pernah mencuba peranti milik pesaing adalah seorang yang hipokrit
Selain Lei Jun, CEO Huawei, Ren Zhengfei juga pernah ‘ditangkap ‘menggunakan iphone. Yang menariknya dia secara terbuka memuji ekosistem yang terdapat pada iPhone sedangkan meraka adalah seteru utama.