Paru–paru Suami Dijangkiti Kuman, Wanita Dedahkan Bahaya Hisap Rokok Seludup
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Rokok secara amnya memang berbahaya, namun kecenderungan orang ramai yang memilih untuk menghisap rokok seludup berbanding rokok biasa dek kerana harganya yang murah sebenarnya lebih membahayakan.
Seorang wanita, Tasha Naz menerusi Facebook berkongsi kepada umum kisah yang menimpa suaminya yang disahkan mengalami jangkitan pada paru-paru ekoran dari menghisap rokok seludup
Tukar rokok semasa PKP
Difahamkan suaminya baru sahaja beralih kepada rokok berkenaan sewaktu bermulanya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Namun nasib tidak menyebelahi suaminya, baru beberapa hari bertukar ke rokok seludup Tasha mula menyedari perubahan pada suaminya antaranya badan yang sedikit berbau, kerap batuk kering malah senang dijangkiti demam dan selsema.
Ya, suami saya disahkan ada lung infection. Memang dia seorang perokok. Tapi sejak dia beli rokok seludup waktu awal PKP hari tu, saya da perasan, bau badan dia makin busuk, batuk dia jadi kering dan dia senang kena demam dan selsema.
2-3 hari je dia hisap rokok Dblend tu, dia terus demam teruk. Kami ke klinik, klinik suruh kami terus ke Hospital. Masa tu da rasa risau sangat. Suami da makin x respon.
Doktor tanya hisap rokok apa
Masuk sahaja hospital, doktor tanya macam macam. Bila sampai je part rokok, doktor terus tanya, hisap rokok apa. Suami jawap, dulu Dunhill, baru 2 minggu Dblend.
Tiada kawalan kualiti
Doktor terus sekolahkan suami cakap bahaya hisap rokok seludup. Penuh dengan bahan kimia terlarang sebab dia orang tiada da kawalan kualiti langsung. Bahaya.
Bernasib baik suami kembali pulih selepas 4 hari di wad
Tasha dan suami bagaimanapun bernasib baik kerana suaminya kembali sihat selepas 4 hari menjalani rawatan di hospital. Mengakui kecewa melihat keadaan suaminya yang disaluti wayar semasa di hospital fokus nya kini hanyalah untuk membantu suaminya 100% sembuh
Hati isteri mana yang x hancur tengok suami penuh wayar kat badan. Syukur semuanya hanya 4 hari dalam ward. Alhamdulillah, suami saya da discharge dan sekarang kami fokus untuk berubat dan bantu dia untuk sembuh sahaja.
Now suami kata dia da bertaubat nak hisap rokok seludup – Tasha Naz
Perkongsian Tasha turut tular di Twitter dengan rata-rata netizen dilihat terkejut dengan pendedahan tersebut.
Malah ada yang mengakui bahaya mana pun rokok ini ia tetap akan dijual di pasaran memandangkan terdapat permintaan yang tinggi oleh rakyat tempatan