fbpx
Now Reading
Sempoi Habis! Ini 6 Cikgu Paling Trending Untuk 2020

Sempoi Habis! Ini 6 Cikgu Paling Trending Untuk 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini di browser anda


Jatuh bangun sesebuah tamadun dan peradaban adalah bergantung kepada kecemerlangan sistem pendidikannya. Itu membuktikan betapa pentingnya peranan pendidik dalam sesebuah komuniti masyarakat.

Di zaman teknologi yang serba canggih ini, meskipun masih ramai guru yang masih menggunakan teknik sedia ada namun sudah ada segelintir dari mereka yang mula menggunakan pengaruh media sosial dan kecanggihan teknologi masakini sebagai usaha menarik minat anak murid mereka untuk belajar.

Bersempena dengan Hari Guru yang baru sahaja disambut semalam, 16 Mei di bawah kami kongsi 6 guru yang paling trending di media sosial sepanjang tahun 2020 ini.

#1 Cikgu Fathi Hussain

Melainankan anda memang seorang pakar matematik, anda pasti setuju dengan kenyataan semua orang bahawa Add Math adalah satu subjek yang memang  pecah otak.

Namun semua ini kelihatan mudah dengan teknik dan langkah yang diajarkan cikgu Fathi Hussein ini.

Seorang tenaga pengajar di Astro Tutor TV, cikgu Fathi juga begitu popular di Instagram.

#2 Sir Uzairi

Satu lagi cikgu kira-kira, Sir Uzairi yang meletup-letup namanya di media sosial. Dengan kekuatan 415,000 followers, setiap video yang dikongsikan cikgu ini pasti mendapat sambutan yang menggalakkan .

Dengan muka ala-ala Korea siap dengan rambutnya yang panjang cikgu ini bagaimanapun berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap Matematik yang dianggap membosankan kepada sesuaty yang menyeronokkan.

Yang menariknya Uzairi Taib juga merupakan antara pakar motivasi yang sering diundang ke sekolah-sekolah.

#3 Cikgu MK Izzuddin

Kisah Cikgu MK Izudin atau nama sebenarnya Mohd Khairul Izzuddin Shaari yang menjadi tular sewaktu mengajar di sebuah sekolah di Ulu Sarawak sangat menarik perhatian netizen malah ramai yang menjadikannya sebagai satu inspirasi

Rutin hariannya yang perlu berjalan jauh untuk ke sekolah di pedalaman ibarat cukup menarik untuk didengari malah dia juga membawa netizen mendekati kehidupan sebagai cikgu di pedalaman, dengan berkongsi ideo travelognya tentang anak-anak di pedalaman Sarawak yang diberi nama ‘Kembara Pendidik Bumi Pedalaman’


#4 Cikgu Siti Faridah Matt

Nama cikgu Siti Faridah mula menjadi fenomena sejak awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).

Sama seperti guru lain, cikgu Siti Faridah yang mengajar subjek Kimia dan subjek Sains sibuk menyediakan kerja rumah buat pelajarnya yang jauh dan terpisah dari guru susulan dari pelaksanan PKP.

Namun yang menariknya Siti Faridah menggunakan teknologi dan inovasi kreatifnya apabila tampil dengan skrin layar hijau sewaktu sesi pembelajaran

#5 Cikgu Mohd Fadli Salleh

Salah seorang pemenang Cikgu Aspirasi McDonald’s 2019, Cikgu Mohd Fadli Salleh cukup terkenal di Facebook di kalangan ibu-bapa dan para guru.

Beliau bukan setakat mendidik, malah cukup dikenali kerana sumbang baktinya kepada masyarakat setempat terutamanya mereka yang bergelar asnaf, yatim, kurang berkemampuan, kurang upaya dan sebagainya. 

Guru subjek matematik di Sekolah Kebangsaan Gombak (1) ini turut menjadi rujukan para pelajar secara online kerana rajin berkongsi video pengajarannya di media sosial bukan sahaja untuk pelajar di sekolahnya malah kepada semua pelajar di Malaysia.

Method pembelajarannya yang sempoi dan mudah difahami turut membuatkan beliau menjadi pilihan para ibu sepanjang PKP dilaksanakan.

#6 Cikgu Mas Faiz Hakim

Semakin menempa nama, cikgu Mas Faiz merupakan guru bagi subjek Fizik dan Kimia.

Banyak mengaitkan situasi semasa dengan fomula campuran kimianya, guru muda denga loghat utara yang pekat ini juga berjaya mengubah persektif orang ramai terhadao subjek kimia yang dianggap membosankan dan hanya untuk golongan ‘nerd’ atau ulat buku ke satu takuk yang berbeza

Pelajar perempuan?? Tak terkedip mata semasa Mas Faiz mengajar.

Meskipun hanya 6 nama yang kami senaraikan di sini namun kami percaya anda juga pasti mempunyai senarai ‘top 6’ guru kegemaran atau guru popular anda sendiri.

Satu yang pasti ,setiap ilmu yang kita dikendong akan menjadi bekalan pahala buat mereka hingga ke syurga.

Selamat Hari Guru!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.