fbpx
Now Reading
Berbekal Video Lama, Lelaki Ini Hasilkan Iklan Raya TNB 2020 Bertema ‘Norma Baru’ [Video]

Berbekal Video Lama, Lelaki Ini Hasilkan Iklan Raya TNB 2020 Bertema ‘Norma Baru’ [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini di browser anda


Setiap tahun menjelang perayaan besar seperti Hari Raya Aidilfitri, syarikat korporat seperti Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) , Telekom Malaysia (TM) , Maxis dan banyak lagi pasti akan tampil dengan iklan raya baru khas untuk rakyat Malaysia.

Malah kemunculan iklan tersebut menang dinanti-nantikan oleh orang ramai memandangkan setiap darinya pasti terselit mesej-mesej menarik.

Namun untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, semua ini dilihat tipis dan agak mustahil memandangkan negara kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB) yang dilaksanakan kerajaan demi memutuskan rantaian Covid-19

Ambil inisiatif sendiri

Namun perkara ini tidak menghalang seorang pemuda, Ali Agung untuk menghasilkan iklan raya TNB 2020 versi ‘Indie’ berbekalkan klip dan footage lama yang pernah disiarkan syarikat bekalan tenaga itu.

Difahamkan Ali yang pernah bertugas di sebuah syarikat penyiaran swasta telah mengambil inisiatif sendiri dengan bantuan seorang rakannya, Hairul Azwan Zakaria selaku suara latar untuk menggabungkan iklan TNB dari tahun 2013 hingga 2019 dan disesuaikan dengan norma baru yang sedang dihadapi rakyat Malaysia

“Sudah jadi kebiasaan, setiap kali musim perayaan, syarikat korporat dan jenama akan mengeluarkan iklan khas bagi meraikan Hari Raya.

“Aku memang nantikan iklan raya daripada PETRONAS, Maxis, TM Group dan syarikat yang lain.

“Tapi disebabkan isu Covid-19 ini, kebanyakan daripada mereka tidak akan mengeluarkan iklan untuk raya kali ini.

“Sebagai inisiatif sendiri, aku menghasilkan iklan raya untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB Careline) menggunakan semua iklan raya TNB tahun 2013 hingga 2019. Skrip sendiri, edit video satu malam, suara latar oleh Hairul Azwan Zakaria,” tulis Ali di Facebook miliknya.

Apa kata tonton video tersebut di bawah :

Sudah jadi kebiasaan, setiap kali musim perayaan, syarikat korporat dan jenama akan mengeluarkan iklan khas bagi meraikan Hari Raya.Aku memang nantikan iklan raya daripada PETRONAS, Maxis, TM Group dan syarikat yang lain. Tapi disebabkan isu Covid-19 ini, kebanyakan daripada mereka tidak akan mengeluarkan iklan untuk raya kali ini.Sebagai inisiatif sendiri, aku menghasilkan iklan raya untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB Careline) menggunakan semua iklan raya TNB tahun 2013 hingga 2019.Skrip sendiri, edit video satu malam, suara latar oleh Hairul Azwan Zakaria.Terangi Aidilfitri dalam kesederhanaan.

Posted by Ali Agung on Thursday, May 14, 2020

Meskipun hanya menggunapakai footage \\sedia ada, inisifatif dan usaha mereka ini wajar dipuji. Iklan tersebut bukan sahaja menarik, malah pemilihan skrip dan VO yang dihasilkan juga bersesuaian dengan situasi semasa yang sedang dihadapi rakyat Malaysia . Dan yang paling penting mesejnya sampai.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.