fbpx
Now Reading
Kini Tampil Bertudung Labuh, Mila Jirin Luah Rasa Syukur Diberi Hidayah

Kini Tampil Bertudung Labuh, Mila Jirin Luah Rasa Syukur Diberi Hidayah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini di browser anda


Lama tak dengar cerita mengenai penyanyi Mila Jirin, yang juga juara pertandingan realiti Akademi Fantasi bagi musim ke-5 . Dia yang kini banyak memberikan fokus pada perniagaannya baru-baru ini meluahknan rasa syukurnya selepas mendapat hidayah untuk tampil dengan imej baru bertudung labuh

Menerusi Instagram, Mila mendedahkan hatinya terdetik untuk mengubah gaya penampilannya selepas membaca dan mentafsir surah An-Nur yang bercerita mengenai peranan wanita dalam memelihara kehoramatan mereka beberapa hari lalu.

“Habiskan Juzuk 18 Surah ke 24 iaitu surah An-Nur, ayat 31. Baca tafsir, rasa sehingga ke hati dan naluri, tentang Allah beritahu bukan sahaja perlu menundukkan pandangan tetapi mesti juga menutup anggota dengan menjaga aurat.

“𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 ‎ﷻ berfirman : Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. 𝗗𝗮𝗻 𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗶𝗻 𝗸𝘂𝗱𝘂𝗻𝗴 𝗸𝗲 𝗱𝗮𝗱𝗮𝗻𝘆𝗮, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝘂𝗯𝗮𝘁𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷻ, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Keinsafan yang menebal dalam hati .. ras malu dengan Allah

“Masya Allah, rupa rupanya selama ini ustaz, ustazah pesan memang benar-benar ada dalam Al-Quran, Allah dah pesan… Rasa keinsafan yang menebal didalam hati tertusuk kedalam, rasa malu dengan Allah,” tulisnya.

Menerusi perkongsian sama, Mila turut memohon orang ramai untuk mendoakan dia agar terus istiqamah dengan penampilan barunya itu serta berharap pengikutnya juga turut bersama-sama memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

“Alhamdulillah, ramadan tahun ini Allah beri hidayah untuk saya. Moga saya dapat istiqomah menutup aurat dengan sempurna dan menjaga aurat sebaiknya.

“Saya juga mendoakan sahabat sahabat saya di Instagram, ayuh kita sama sama perbaiki diri kita, perlahan perlahan ke arah kebaikkan, tutup aurat dan perlahan perlahan sempurnakannya,” tulisnya.

Kita tak tahu, mungkin ini hari terakhir kita

Tambah pemilik dan pengasas syarikat Bizmilla itu lagi, dia sentiasa menanam nasihat suaminya yang manusia tidak tahu mungkin itu merupakan hari terakhir mereka berada di muka bumi Allah.

“Bak kata suami saya, kita tak tau, mungkin ini hari terakhir kita diberi nafas dimuka bumi Allah. Maafkan saya jika ada salah dan silap

Di kesempatan itu dia turut memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silapnya kepada orang lain.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.