fbpx
Now Reading
Bukan RM144,000, Sugu Pavithra Dedah Gaji dari Youtube, Raikan Dengan Beli Baju Baru

Bukan RM144,000, Sugu Pavithra Dedah Gaji dari Youtube, Raikan Dengan Beli Baju Baru

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas menunggu hampir 4 bulan, pasangan Youtuber sensasi Malaysia, Sugu Pavithra akhirnya berjaya mendapatkan gaji pertama mereka dari syarikat gergasi tersebut

Pendapatan mereka sebelum ini menjadi tanda tanya netizen memandangkan saluran youtube yang baru sahaj ditubuhkan pada awal tahun ini sudah mempunyai 473,000 subscribers.

Tambah mengujakan, terdapat segelintir netizen yang mendakwa pendapatan mereka sekurang-kurangnya puluhan ribu ringgit dan mungkin mencecah RM 144,000 hasil dari proses analisis yang dilakukan dengan teliti

Lebih dari cukup

Bagaimanapun sangkaan orang ramai ternyata meleset. Temubual pasangan ini bersama portal Harian Metro akhirnya mendedahkan gaji yang diterima mereka hasil dari pembikinan video di Youtube.

“Apa yang kami peroleh sekarang lebih dari cukup, buat pertama kali saya terima bayaran sebanyak AS$2,000 (RM8,700) bulan lalu, saya tak pernah sangka dapat sebanyak itu,” kata S Pavithra.

Walaupun tidak setinggi yang dianggarkan jumlah ini bagaimanapun lebih dari pendapat mereka sekeluarga sebelum ini yang bekerja di ladang dengan pendapatan RM1,000 sebulan

“Saya hanya ingin membantu suami yang hanya bekerja di ladang, dia memperoleh pendapatan RM1,000 sebulan, jika ditolak komitmen bulanan kami hanya mempunyai kurang RM800 untuk perbelanjaan, sebab itu saya nekad membantunya.

Raikan gaji pertama membeli baju baru

Sebagai meraikan gaji pertama itu, Pavithra mengunakannya dengan membeli pakaian baharu buat mereka sekeluarga.

“Kami bukan orang senang. Sekarang dah dapat gaji walaupun tak banyak seperti yang heboh orang bincang di media sosial, tetapi saya dan suami sangat gembira kerana lama menunggu dengan penuh sabar.

“Saya akan gunakan untuk beli pakaian, membuat rawatan rambut dan membeli barangan kelengkapan sembahyang di rumah,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu pasangan ini menjadi perbualan hangat netizen atas kejayaan mereka mengumpulkan ratusan ribu followers hanya dalam 3 bulan.

Yang menariknya kisah mereka turut mendapat perhatian Perdana Menteri yang kemudiannya menghadiahkan tripod kamera dan peralatan memasak untuk digunakan di saluran youtube mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.