fbpx
Now Reading
“Henti Spam IG Mereka, Tunggu Dengan Sabar” – Pelanggan Leeyanarahman Minta Orang Ramai Beri Sedikit Masa

“Henti Spam IG Mereka, Tunggu Dengan Sabar” – Pelanggan Leeyanarahman Minta Orang Ramai Beri Sedikit Masa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini di browser anda


Nampaknya isu membabitkan butik Leeyanrahman (LR) dan para pelanggannya benar-benar menjadi topik hangat dikalangan netizen beberapa har ini.

Bermula dari satu tweet yang ditulis oleh seorang pelanggan, Fatin Izati di laman Twitternya, seorang demi seorang pelanggan tampil memaklumkan yang mereka juga mengalami nasib yang sama sepertinya

Terus minta refund selepas tahu sampai selepas raya

Menerusi laporan Gempak, selepas mengetahui yang bajunya hanya akan tiba selepas raya Aifilfiri, Fatin telah menghubungi pihak LR dan meminta bayaran ‘refund’. Pihak mereka kemudian memaklumkan akan membuat pembayaran secara berperingkat.

Namun selepas menunggu beberapa hari dia bertindak menghubungi mereka sekali lagi namun mesej pada waktu itu tidak lagi dibalas

Saya terus minta ‘refund’ dan pihak sana menjanjikan bayaran akan dibayar secara berperingkat. Selepas beberapa hari, saya mesej semula untuk menanyakan tarikh yang akan dibayar tetapi tidak dibalas.

Sebenarnya saya tidak kisah sekiranya mereka lambat untuk memulangkan duit saya. Tujuan saya viralkan di media sosial supaya tidak ada orang lain yang terkena juga

Mengakui baru pertama kali membeli baju semahal itu, Fatin yang sebelum ini mengimpikan baju berkenaan bagaimanapun tidak lagi menyimpan hajat yang sama memandangkan baju raya tersebut hanya akan tiba selepas raya Aidilfitri.

Pemilik Leeyanarahman tampil menjelaskan

Tidak berdiam diri pemilik dan pengasas Leeyanarahman akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar di mana pihak pengilang yang terletak di China telah memungkiri janji dan gagal menyiapkan pakaian mengikut waktu yang dijanjikan.

Malah menurut Liyana, pihaknya juga terpaksa menanggung kerugian berjuta ringgit susulan dari perkara tersebut malah memerlukan sedikit masa untuk melakukan proses refund memandangkan terlalu ramai pelanggan yang menghadapi masalah sama.

Setiap ‘admin’ itu di bawahnya ada lebih 1000 orang pelanggan. Jadi bukan ambil masa lima minit untuk balas dan ‘refund’ semuany..

Pihak kami juga perlu semak dahulu setiap satu bayaran. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) haritu ramai juga yang tipu dan jadi ‘scammer’. Bayangkan beribu-ribu punya ‘refund’.

Setiap hari kami cuba untuk ‘refund’ seramai yang mungkin sampai dua pagi kami bekerja. Alhamdulillah sebenarnya dah ramai yang dapat duit mereka.

Namun semua ini tidak mampu menghentikan netizen dan pelanggan yang marah lalu bertindak ‘menyerang’ Iaman Instagram rasmi LR.

Mohon orang ramai berhenti spam IG Leeyanarahman

Terbaru Fatin Izati sekali lagi tampil namun kali ini menyeru orang ramai agar bersabar dan berhenti dari menyerang laman IG butik terbabit. Tambahnya tindakan orang ramai yang berterusan melakukan spam di sana hanya akan menyulitkan keadaan dan menyukarkan urusan pihak LR .

“Saya harap orang ramai yang tengah menunggu duit refund berhenti dari spam diorang.

“Takut akan menyusahkan mereka” jelasnya ringkas.

Sudah dapat refund dari pihak LR

Dia turut memaklumkan yang pihak butik sudah pun menunaikan janji dengan memulangkan kembali wang nya tempoh hari.

“Saya dah dapat refund juga pagi tadi (isnin) . Harap semua bersabar. Saya sendiri pun minta update 3 kali sahaja” katanya kepada Buzzkini.

“Beri mereka masa jika anda baru memohon refund”

Tambah Fatin lagi, meskipun kesal dengan apa yang terjadi memandangkan hari raya sudah begitu hampir, dia tetap mengharapkan orang ramai terutamanya para pelanggan agar memberikan ruang kepada pihak LR untuk menyelesaikan proses pemulangan wang tersebut memandangkan ianya dijalankan berperingkat dan mengikut batch.

“Saya sebenarnya tiada masalah kalau diorang amik masa 2 minggu untuk refund, sebab saya faham ramai yang minta. “

“Tapi… Siapa yang taknak beraya dengan baju yang cantik.

“Saya harap siapa yang tengah menunggu duit refund tu untuk berhenti spam (menyerang) jika proses refund tak sampai dua minggu lagi.

“Jika lebih (tempoh) diorang memang berhak bersuara. Sebab ada (pelanggan) yang dah buat tempahan dari bulan 3” jelasnya lagi.

LR harus berhenti mengambil pesanan

Namun dia mengegaskan yang pihak LR juga harus berhenti dari mengambil sebarang pesanan memandangkan stok baju hanya akan tiba selepas raya.

Malah dia masih kekal dengan kenyataannya sebelum ini, tujuan dia membangkitkan perkara ini bertujuan untuk mengelakkan orang ramai dari mengalami nasib yang sama sepertinya.

“Saya viralkan sebab tak nak orang lain still order baju padahal tiada stok pun. LR hanya update diorang tengah buat refund” jelasnya.

Henti kecam saya kerana ayat ‘saya tak kaya’

Dalam pada itu dia juga berharap agar orang ramai turut berhenti mengecam tindakannya membeli baju berkenaan. Menurutnya dia menabung demi membeli apa yang diinginkannya.

“Mintak stop spam dan kecam saya jugak lah. Orang kecam saya pasal ‘saya tak kaya, saya nak raya’

Diharap perkara ini sudah selesai , buat mereka yang masih menanti payment mereka harap bersabar memandangkan banyak proses yang perlu dilakukan untuk memulangkan wang tersebut.

Untuk mereka yang berterusan menghentam Fatin kerana keputusannya untuk membeli baju berkenaan, penulis merasakan itu adalah haknya sebagai seorang pengguna apatah lagi wang tersebut adalah wang simpanannyaa .

Anda tak suka orang pertikaikan anda.. kenapa perlu pertikaikan keputusan orang lain?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.