fbpx
Now Reading
Aktiviti Penggambaran Dibenarkan Selepas Raya Dengan SOP Ketat

Aktiviti Penggambaran Dibenarkan Selepas Raya Dengan SOP Ketat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya syarikat produksi dan mereka yang terlibat dalam industri perfileman sudah boleh menarik nafas lega selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan kerajaan telah memberi ‘lampu hijau’ untuk membenarkan penggambaran dijalankan.

Perkara itu diputuskan sewaktu mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam dimana sebarang penggamabran harus dilakukan denganp prosuder operasi standard (SOP) yang ketat

“Minggu lepas, setelah berunding dengan pelbagai persatuan, kami telah membuat pembentangan dalam mesyuarat menteri mengenai Covid-19 yang mana hampir separuh anggota Kabinet hadir.

“Kami membentangkan permohonan bagi membenarkan pembikin filem sama ada yang ingin melakukan penggambaran drama, dokumentari atau iklan dibenarkan berbuat demikian

“Jadi, mereka kini dibenarkan melakukan penggambaran dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bermula selepas Hari Raya,” katanya kepada Sinar Harian

Walaubagaimanapun bagi aktiviti persembahan langsung yang membabitkan kehadiran orang ramai, kerajaan masih lagi meneliti dan menunggu kelulusan daripada mesyuarat jawatankuasa MKN.

Buat masa ini, mereka (jawatankuasa) berkata mereka perlu mengadakan penilaian bagi jumlah khalayak yang lebih besar, di dalam dewan atau tempat orang ramai bertemu untuk menonton wayang atau persembahan.

Presiden FDAM, Mat London memohon kerajaan membenarkan aktiviti penggambaran dijalankan dengan SOP ketat

“Kami tidak mempunyai keputusan namun kami telah membentangkan kes kami iaitu sekurang-kurangnya kami memerlukan petunjuk mengenai bila persembahan langsung akan dibenarkan.

“Sekurang-kurangnya mereka memerlukan tempoh selama tiga bulan untuk melakukan persiapan selepas mendapat kebenaran. Kami telah melakukan pembentangan dan kini kami perlu menunggu jawatankuasa itu membuat keputusan mereka,” katanya.

Terdahulu penggiat seni antaranya Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr. Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London memohon KKMM untuk membenarkan mereka memulakan penggambaran walaupun dengan SOP ketat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.