Syarikat kurier nasional, Pos Malaysia Berhad baru ini menjadi topik hangat netizen selepas timbul cerita yang mereka tidak memberikan bonus kepada pekerja penghantaran mereka.
Susulan dari itu, netizen menggesa syarikat ini untuk memberikan imbuhan tersebut memandangkan sektor mereka boleh dikategorikan sebagai salah satu sektor tersibuk susulan dari pelaksanan Perintah KAwalan Pergerakan PKP bermula dari 18 Mac lalu.
Malah semua ini dapat dilihat menerusi penularan beberapa foto yang memperlihatkan keadaan motosikal yang digunakan para posmen sarat dengan dokumen dan parcel di sepanjang pelaksnaan PKP
Terbaru, selepas mendengar gesaan orang ramai, Pos Malaysia akhirnya tampil memberikan penjelasan mereka menerusi laman Facebook rasmi Pos Malaysia
“COVId-19 adalah masalah global yang telah mengganggu rantaian bekalan di seluruh dunia menyebabkan kemerosotan atau penutupan pelbagai perniagaan dan kehilangan mata pencarian bagi ramai orang. Malaysia juga tidak terkecuali daripada krisis global ini.
“Walaupun terdapat tanggapan orang ramai bahawa lonjakan jumlah bungkusan semasa PKP menunjukkan bahawa perniagaan adalah baik untuk Pos Malaysia, ia sebenarnya tidak seperti yang disangka. Ia tidak cukup untuk mengatasi impak keseluruhan yang disebabkan oleh pandemik ini terhadap perniagaan kami.
“Walaupun Pos Malaysia menghadapi masa yang sukar, kami terus berusaha untuk menjaga kebajikan lebih daripada 15,000 petugas barisan hadapan dan pekerja sokongan operasi serta memastikan keperluan mereka diutamakan.
“Kami tidak dapat menghalang segala persepsi mengenai kami. Namun, kami memberi jaminan kepada semua bahawa kebajikan kakitangan akan sentiasa menjadi keutamaan
Melihat pada ruangan komen, rata netizen menjadi lebih keliru dengan kenyataan tersebut memandangkan Pos Malaysia hanya berjanji menjaga kebajikan mereka namun langsung tidak menyentuh isu bonus yang dibangkitkan mereka
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…