fbpx
Now Reading
“Nanti Mereka Kata Baju Macam Air Horlick Pula” – DS Ismail Sabri ‘Pasrah’ Bajunya Dimenukan

“Nanti Mereka Kata Baju Macam Air Horlick Pula” – DS Ismail Sabri ‘Pasrah’ Bajunya Dimenukan

Nampaknya Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bukan sahaja sudah reda apabila pakaiannya menjadi bahan usikan netizen malah dia dilihat selesa berseloroh mengenai perkara terbabit

Menerusi Instagram, menantunya, pereka terkenal Jovian Mandagie telah berkongsi kepada orang ramai sekeping foto yang memperlihatkan Ismail Sabri lengkap dengan busana baju melayu berwarna cream/beige yang digunanya sewaktu sidang media petang semalam.

Yang menariknya adalah caption yang dimuat naik Jovian iaitu perbualannya bersama Menteri Keselataman itu yang berkisar mengenai penampilan yang dilihat segak apabila mengenakan baju melayu mil jenama Jovian sendiri iaitu Jovian RTW.

Jovian : Okay handsome dah tu pa
DSIS : Huh! Handsome macam mana pun diaorg katanya baju papa macam air Horlick karang

Jawapan spontan dari Ismail Sabri itu bukan sahaja mencuit hati menantunya malah dilihat menghiburkan ramai netizen

Malah ramai merasakan kenyataan balas dari Menteri Kanan itu seolah sudah reda bajunya di kuih-muihkan oleh orang ramai.

“Datuk dah redha. Tapi serius cantik warna ni. Nampak segak!” tulis seorang netizen

See Also

“Ni kalau tak air horlick, soya pun boleh datuk!” kata seorang lagi netizen

“Belum netizen bayangkan, datuk dah cakap,” usik seorang lagi

Terdahulu, penampilan Menteri Kanan itu sewaktu sidang media sering disamakan dengan makanan oleh netizen antaranya kuih-muih, kek dan banyak lagi.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.