fbpx
Now Reading
Teruk Di Kecam, Sepupu Perjelas Punca Lelaki Hantar Isteri Hamil Balik Kampung

Teruk Di Kecam, Sepupu Perjelas Punca Lelaki Hantar Isteri Hamil Balik Kampung

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam heboh diperkatakan mengenai wanita hamil yang disahkan positif Covid-19 di Kelantan. Dia dikatakan telah menjadi pembawa wabak tersebut kembali kelantan yang sebelum ini sudah diisytiharkan Zon Hijau.

Susulan dari itu netizen dan masyarakat meluahkan rasa tidak puas hati diatas tindakannnya sehingga ada yang menggunakan kata-kata tidak baik dan celaan terhadap dirinya

Merasakan perlu memperbetulkan keadaan, seorang individu yang mengakui dia adalah sepupu kepada suami wanita terbabit tampil dan membela keluarga berkenaan

Diyakini menggunakan aplikasi perbualan whatsapp, sepupu berkenaan menghantar text whatsapp tersebut kepada seseorang sebelum ianya di screenshot dan dimuat naik ke sosial media dan menjadi tular

Terpaksa hantar isteri pulang ke kampung

“Untuk makluman, suspek itu sepupu saya. Dia juga seorang frontliner yang terlibat di Kuala Lumpur dalam menyelengara fasiliti TM untuk memastikan internet berjalan dengan lancar.

“Dia hantar balik isterinya kerana ada anak kecil berumur 2 tahun dan isteri dia mahu melahirkan anak kedua mereka” kata sepupu nya

Bukan balik suka-suka nak beraya

Menerusi perbualan yang tular itu lagi, si suami yang sibuk bertugas khuatir tidak dapat memerhatikan isteri yang sedang sementelah mempunyai seoranga anak kecil berumur 2 tahun

Tambah whatsapp itu lagi, keputusan itu juga atas nasihat hospital dan turut mendapat kebenaran untuk merentas negeri.

“Di Kuala Lumpur, dia duduk sekeluarga sahaja dan dia kerja on call 24 jam. Atas nasihat hospital dan kelulusan permit rentas negeri dia balik hantar isteri.

“Lepas balik hantar isteri dia, dia terus balik ke KL. Sekarang ini dia di hospital Ampang manakala insterinya di Hospital Raja Perempuan Zainab.

“Bukan dia balik suka-suka nak beraya tapi atas musaqoh. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat dia dan keluarga” tulis Whatsapp itu lagi

Masih mencari penghantar whatsapp

Meskipun tidak mengetahui siapa penghantar sebenar whatsapp ini, sekurang-kurang text pada whatsapp tersebut dapat memberi pencerahan mengenai keadaan sebenar & punca keluarga tersebut pulang ke kampung.

Kami di Buzzkini akan mengemaskini sebarang info sekiranya berjaya menemui pemilik asal whatsapp tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.