Ramai ‘Redah’ Nak Balik Kampung Sebab Takut Tak Sempat Minta Maaf

Kerajaan pada petang khamis telah memutuskan menarik kembali kelonggaran yang diberikan terhadap orang ramai yang layak untuk melalukan pergerakan rentas negeri.

Menurut Menteri Kanan (Klusteri Keselamatan),Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  kerajaan sudah berkali-kali memberi nasihat namun ramai yang seolah tidak ‘faham bahasa’ dengan kelebihan yang diberikan tersebut sehingga berlaku kesesakan di balai polis oleh mereka yang ingin memohon merentas negeri.

Yang lebih dikesalkan kebanyakannya cuba merentas negeri hanya untuk pulang beraya; sesuatu yang ditegah keras oleh pihak berkuasa sebelum ini.

Bagaimanapun memetik laporan Awani, punca ramai orang bertindak sedemikian adalah kerana mereka takut tidak sempat untuk memohon maaf kepada keluarga dan saudara terdekat.

Ismail Sabri menegaskan tiada lagi aktivi rentas negeri semalam

Perkara itu dikongsikan aktivis sosial, Syed Azmi selepas dia kerap kali diajukan soalan yang sama oleh orang ramai memandangkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diuruskannya banyak berkongsi idea kreatif menjalani PKP dengan baik.

“Saya rasa konsep bertemu muka minta maaf itu satu perkara yang luhur. Kenalan saya sendiri yang terkorban pada musim ini ada dua orang, memang kadangkala ada rasa takut tak sempat minta maaf terutamanya bagi anak-anak yang berada di Kuala Lumpur yang tak boleh balik langsung.

“Dia tidaklah nak balik juga tapi resahnya bukan kerana nak makan kuih raya, lauk sedap dan sebagainya tapi lebih kepada takut tak sempat tak minta maaf, takut ini adalah Ramadan terakhir,” katanya kepada Awani dalam satu Sesi Webinar Secara Langsung dibawakan Astro AWANI yang membincangkan tajuk ‘Aidilfitri dan COVID-19: Beraya Secara Berhemah’ pada Rabu lalu.

Antara speaker dalam webinar yang di anjurkan Astro Awani

Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Prof Dr Azizan Baharuddin pula berpandangan sebaliknya. Tegas beliau tiada hukum dalam Islam yang menyatakan umat Islam perlu memohon maaf pada hari raya pertama.

Tambah beliau lagi, meskipun meminta maaf menerusi panggilan telefon sahaja, apa yang lebih penting adalah niat dalam hati masing-masing yang ikhlas memaafkan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

3 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

4 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

5 hours ago