fbpx
Now Reading
Wany Hasrita & Ibu Terima Naskah Al -Quran Daripada Raja Salman

Wany Hasrita & Ibu Terima Naskah Al -Quran Daripada Raja Salman

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CAe2ZM9H1TV/https://www.instagram.com/p/CAe3mJSgGtd/

Penyanyi, Wany Hasrita meluahkan rasa syukur selepas dia dan ibunya dihadiahkan senaskah Al-Quran hasil sumbangan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud baru-baru ini. 

Naskah tersebut meliputi terjemahan beberapa bahasa utama di Malaysia antaranya bahasa melayu.

Menerusi Instagram Wany turut menzahirkan rasa terima kasihya kepada Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMu). Difahamkan pengerusi iLMU, Dato Ahmad Tajuddin Idris merupakan individu yang mengaturkan pertemuan di antara Wany dan Atase Agama Kedutaan Arab Saudi, Syaikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Rubai’an.

Pertemuan ini difahamkan kesinambungan daripada jemputan haji yang diterima Wany Hasrita dari kerajaan Arab Saudi pada tahun 2019.

iLMU turut berkongsi perkara sama di laman instagram mereka memberitahu yang Quran diterima Wany dan ibunya adalah terjemaham bahasa melayu dan inggeris.

“Atase Agama menghadiahkan Wani dan ibunya naskah Quran Terjemahan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Semoga Wani dan ibu dapat manfaat dari hadiah Quran yang disampaikan,” tulisnya.

Sebagai rekod Raja Arab Saudi,  Raja Salman Abdulaziz Al Saud menyumbangkan sebanyak 20,000 naskhah Al-Quran dan akan diagihkan pada tahun ini ke seluruh Malaysia sebagai penghargaan dan kasih baginda kepada rakyat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.