Kreatif ‘Another Level’ – Netizen Kongsi Momen Khutbah Raya Di Rumah Yang ‘Rare’ Habis
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sememangnya diakui Ramadan dan 1 Syawal tahun ini disambut begitu berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.
Jika dahulu ianya disambut meriah dengan pelbagai aktiviti di surau dan masjid namun umat Islam terpaksa akur dimana semua rumah ibadat telah ditutup demi mengelakkan penularan wabak Covid-19.
Namun ini tak bermakna sambutan ramadan dan raya Aidilfitri anda tidak bermakna. Berbekalkan teks ucapan khutbah dan Kit Panduan Sambutan Aidilfitri, rakyat Malaysia telah mencipta satu ‘kelainan’ yang boleh dikategorikan sebagai kreatif sewaktu mengerjakan solat sunat Aidiflitri di rumah masing-masing.
Bermula dengan satu tweet yang dimulakan oleh seorang pengguna Twitter, Acacia Diana . Gadis ini telah berkongsi foto khatib yang dipercayai ayahnya sedang memegang sebatang kayu untuk dijadikan tongkat.
Please share pics of your home khutbahs. I wana see all the tongkats 😂 pic.twitter.com/cyNaW4W3dz
— Acacia Diana (@ShaFoShizzle) May 24, 2020
Tweet yang pada mulanya dilihat lebih kepada perkongsian santai tentang pengalaman dia melakukan solat aidilfitri bersama keluarga di rumah kemudiannya menjadi trending selepas dia meminta orang ramai untuk turut sama berkongsi foto khatib dan suasana sewaktu khutbah raya di rumah masing-masing.
Yang menariknya meskipun ramai mengetahui yang memegang tongkat hanyalah sunnah, namun demi ‘kesempurnaan’ ramai khatib yang tampil kreatif dengan menggunakan pelbagai jenis alatan seperti kayu sedia ada, batang golf, rel langsir dan pelbagai lagi sebagai tongkat .
Tidak mendiamkan diri, seorang demi seorang pengguna Twitter tampil berkongsi foto khatib-khatib di rumah mereka.
Nak tengok tahap mana ‘kekreatifan’ mereka? Tengok di bawah .
adik sis baca sambil pakai tengkolok,siap pedang samurai😂😂 pic.twitter.com/g5pVZu1nAs
— zye;t✨ (@zyetiii) May 24, 2020
— Aizat Amdan (@MuhdAizatAmdan) May 24, 2020
— Khairul Anwar Yusof (@Khairul_Anwar_y) May 24, 2020
Sumpit pun sumpit la, maaf sarawakian 😂 pic.twitter.com/zXWi8IW5dL
— 🌚 (@Mimisubri_) May 24, 2020
Kitorg pun pakai sumpit hahah pic.twitter.com/41JZ2iMaau
— Lady_Rose (@rose_ezrakim) May 24, 2020
— アシャラフ (@asyizdn) May 24, 2020
Light Saber pun ada!
— khairin (@m_khairin) May 24, 2020
Threadmill sebagai mimbar
multi-functional treadmill pic.twitter.com/st1FsKW7Rg
— uuu~ hanihani (@crshni2) May 24, 2020
Railing tangga
Railing tangga 😆 pic.twitter.com/tLULu20FFz
— Billie. (@capt_niaz) May 24, 2020
Macam-macam lagi peralatan yang digunakan mereka sebenarnya .
Meskipun begitu terdapat segelintir netizen yang dilihat tidak bersetuju dengan perkongsian melampau sesetengah dari mereka terutamanya yang menggunakan alatan lain yang dilihat seolah mempersendakan agama.
Memetik laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, antara 3 perkara yang disunatkan semasa khutbah adalah memegang tongkat, pedang atau busur anak panah justeru bagi yang tiada ketiadaan 3 alatan ini mungkin boleh melupakannya kerana solat dan khutbah masih sah meski tanpa tongkat.