fbpx
Now Reading
Zakaria Abdul Hamid Dilantik Pengerusi Baru FINAS, Norman KRU Timb. Pengerusi

Zakaria Abdul Hamid Dilantik Pengerusi Baru FINAS, Norman KRU Timb. Pengerusi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/malaysiafinas/posts/2753839554728130https://www.instagram.com/p/CAh2bmggRXh/https://www.instagram.com/p/CAh2gVtAumO/

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKKM) malam tadi mengumumkan kepimpinan baru Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan pelantikan Zakaria Abdul Hamid sebagai pengerusi baharu Finas menggantikan Dato Gerald Hans Isaac.

Menerusi kenyataan sama mereka turut melantik Norman Abdul Halim dari KRU Studios (Norman KRU) sebagai Timbalan Pengerusi baru menggantikan Affendy Ali Dally bermula dari 23 Mei 2020.

Dalam pada itu menerusi Instagram, Hans Isaac turut mengesahkan perkara berkenaan dan meluahkan rasa syukurnya dimana penantiannya selama ini sudah berakhir apabila jawatannya selaku Pengerusi di batalkan

Difahamkan Hans turut menerima surat pembatalan sama dengan hari pelantikan baharu.

“Saya bersyukur kepada Tuhan segala penantian berakhir di mana saya telah menerima surat penamatan kontrak sebagai Pengerusi FINAS bermula 1 Syawal 1441H / 24 Mei 2020,” katanya.

Dia juga turut mengimbas kembali beberapa usaha dan inisiatif yang telah dilakukannya sepanjang memegang tampuk kepimpinan Finas dan dalam masa tampil memberi pencerahan berhubung isu yang sedang melanda industri perfileman negara ketika ini

Hans dan Afdlin Shauqi sewaktu pertemuan bersama Menteri Kewangan , Tengku Zafrul baru-baru ini

“Mengimbas kembali dalam tempoh beberapa bulan sebagai Pengerusi FINAS, saya telah mencuba yang terbaik untuk industri ini walaupun berdepan dengan tatacara dan cabaran birokrasi dalam agensi kerajaan,”

“Sedikit pencerahan terhadap isu industri kini, saya telah membangkitkan keresahan industri ini kepada YB Menteri KKMM sebelum pandemik ini bermula. Saya telah memohon untuk berjumpa untuk saya bentangkan langkah-langkah pro-aktif untuk industri ini namun tidak ada ruang diberikan sehingga hari ini” katanya

Menerusi posting sama Hans yang juga seorang pelakon dan penerbit memuat naik surat penamatan kontrak tersebut buat tatapan umum

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.