fbpx
Now Reading
Hal Ibadah Tidak Dibuat Bahan Gurauan – Dr Zulkifli Jawab Isu Tongkat Khatib

Hal Ibadah Tidak Dibuat Bahan Gurauan – Dr Zulkifli Jawab Isu Tongkat Khatib

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam viral sehingga menjadi treding foto-foto gelagat ketua atau wakil yang menjalankan tanggungjawab sebagai khatib huat pertama kalinya sewaktu solat aidilfitri di rumah masing-masing.

Ada yang tampil menggunakan peralatan sunnah seperti tongkat dan pedang namun ada yang juga menggunakan peralatan lain seperti joran, rel langsir dan pelabgai lagi memandangkan kesukaran mendapatkan tongkat.

Meskipun kreatif dan ada yang terlihat lucu, namun ianya dianggap seolah mempermainkan agama pada sesetengah pihak.

Perkara ini kemudiannya mendapat perhatian Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri selepas diajukan soalan berkenaan oleh seorang pengguna Twitter.

Tidak boleh di buat gurauan

Beliau kemudiannya menjawab dengan memaklumkan yang hal berkaitan ibadah tidak boleh dibuat sebagai bahan gurauan.

Menurut beliau lagi , khutbah dan solat tetap sah tanpa ketiadaan tongkat sekiranya terdapat kekangan bagi mendapatkan tongkat. Penjelasa ini selaras dengan Kit Panduan Sambutan Aidilfitri yang dikeluarkan JAKIM sebelum ini

Khutbah dan solat tetap sah tanpa songkat

“Khutbah dan solat tetap sah tanpa tongkat. Jika ada kekangan untuk dapatkan tongkat, tidak perlu tongkat.

Tambah bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu lagi, matlamat khutbah adalah pada mesejnya.

“Saya yakin kita sama-sama bersetuju bahawa matlamat khutbah adalah mesejnya, bukannya tongkat yang dijadikan bahan gurauan” jelas beliau lagi.

Kenyataan balas dari Dr Zulkifli itu kemudian menarik perhatian netizen dengan pelbagai respon.

Ada yang turut tampil menyatakan mereka menggunakan tombak namun memandang perkara berkara berkenaan satu sunnah dan bukan sebagai bahan lawak.

Dr Zulkifli kemudian membalas membalas tweet tesebut dengan menulis : “boleh”

Rata-rata pula menganggap penggunaan selain tongkat dan alatan sunah lainnya adalah agak keterlaluan.

Dalam pada itu, Dr Zulkifli turut mengingatkan orang ramai agar tidak ‘menjatuh hukum’ kan mereka yang terleka degan isu berkenaan memandangkan ini adalah suatu perkara yang baru.

“Tidaklah sampai masuk neraka. Mungkin kebanyakannya tidak tahu. Jadi, dengan apa yang sudah berlaku, dapat ilmu baru. Boleh perbaiki pada masa akan datang” jelas Menteri Agama itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.