fbpx
Now Reading
Hikmah Masuk ‘Dalam’, Bekas Penjenayah Kini Bergelar Hafiz Al-Quran

Hikmah Masuk ‘Dalam’, Bekas Penjenayah Kini Bergelar Hafiz Al-Quran

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap sesuatu kejadian itu pasti ada hikmahnya. Siapa menyangka hukuman atas kesalahan lampau mampu menjadi pemangkin untuk mereka yang bergelar bekas penjenayah untuk berubah.

Ini yang dialami 30 banduan di Penjara Marang, Kuala Terenganu menurut Ustaz Ariff Udin yang sudah berkhidmat sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam, di sana sejak lapan tahun lalu.

Manusia boleh berubah

“Memang benar kalangan dalam banduan ini pernah jadi pembunuh, perompak dan segala perbuatan jijik, tetapi ia tidak bermakna pengakhiran mereka adalah di neraka”.

“Masa mula-mula kerja dulu pernah juga terfikir macam mana hendak berhadapan dengan banduan. Tidak tergambar tetapi apabila sampai di sini, rupanya ia satu tempat paling subur untuk meneruskan agenda dakwah ini. Ada (penghuni) yang ‘zero’ agama.

Kesungguhan mereka menambahkan keyakinan guru agama tersebut bahawa manusia termasuk para banduan sememangnya boleh berubah

Ada yang sudah bergelar Hafiz Al-Quran

Yang lebih manis dimana 30 dari mereka sudah bergelar hafiz atau sekurang-kurangnya hafal 5 juz Al-Quran.

“Melihatkan kesungguhan mereka, maka betullah apa yang saya jangka banduan boleh berubah. Di Penjara Marang ini, ada 30 orang yang bergelar hafiz atau paling kurang menguasai lima juzuk al-Quran,” katanya.

Apa yang di beritahu Ariff disaksikan sendiri oleh wartawan dari Bernama yang turun meninjau keadaan disana dimana kebanyakan penghuninya yang beragama Islam dilihat tekun membaca al-Quran.

Aktiviti membaca dan menghafaz dilakukan dari jam 9 pagi hingga 3 petang dan dilakukan setiap hari meskipun di luar bulan Ramadan.

Malah menurut mereka kebanyakan banduan di sini begitu tinggi budi pekertinya sedangkan sesetengah mereka dihukum atas kesalahan jenayah berat seperti membunuh.

Berkali-kali khatam

Seorang dari mereka, Kasim (bukan nama sebenar)  sudah beberapa kali khatam al-Quran sejak dimasukkan ke sini pada 2004 atas kesalahan merogol anaknya sendiri.

Dia yang dihukum 36 tahun dan sembilan sebatan memaklumkan telah memohon ampun kepada anaknya dan reda menerima hukuman walaupun dihina serta dicemuh masyarakat.

Mohon ampun pada isteri dan anak

Menyesali perbuatan jijiknya terhadap anak perempuan semata-mata terlalu mengikut hawa nafsu, dia bagaimanapun bersyukur selepas anak perempuan dan isteri memaafkannya selepas beberapa tahun menjalani hukuman di situ.

“Saya memohon ampun pada semua termasuk lima anak saya dan saya juga menceraikan isteri untuk membolehkannya menjalani kehidupan lebih baik.

“Saya tidak pernah minum arak, tidak pernah berjudi dan merompak tetapi nafsu jahat ini menguasai diri. Mungkin ketika itu, iman saya tidak kuat,” katanya

Atas bimbingan para ustaz dan atas keazamannya sendiri Kasim mula berubah menjadi insan yang lebih baik malah kini menjadi rujukan banduan baharu terutama dalam mendapatkan kekuatan jiwa untuk terus kekal positif.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.