fbpx
Now Reading
Covid-19 :Ini Sebab KKM Laksana Protokol Baharu Rawatan, Benarkan Pesakit Pulang Selepas 14 Hari Rawatan

Covid-19 :Ini Sebab KKM Laksana Protokol Baharu Rawatan, Benarkan Pesakit Pulang Selepas 14 Hari Rawatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=161072462207936&set=a.109793434002506&type=3&theater

Kementerian Kesihatan Malaysia semalam mengumumkan bakal melaksanakan protol baharu bagi rawatan Covid-19 dimana Pesakit yang disahkan positif dan telah menjalani rawatan melebihi 14 hari di hospital akan dibenarkan keluar meskipun ujian saringan masih menunjukkan keputusan positif.

Nyata perkara ini mengejutkan orang ramai apatah lagi ramai dilihat khuatir pesakit berkenaan yang belum pulih sepenuhnya bakal mengjangkiti orang lain sekiranya ‘tidak kena pada caranya’

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, protokol baharu itu selaras dapatan terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta kajian Korea Selatan dan Taiwan mendapati kebolehjangkitan Covid-19 hampir sifar selepas 14 hari pesakit mendapat rawatan.

“Laporan terkini WHO menyebut bahawa pesakit boleh didiscaj sekiranya sudah menerima rawatan melebihi 14 hari.

“Apa yang penting sekarang ini mengikut WHO, mungkin ujian positif itu dikesan dalam ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) pada hari ke-13 yang masih positif, iaitu peluruhan virus (virus shedding), ia adalah positif lemah yang tidak menjangkiti atau kebolehjangkitan kurang atau hampir sifar.

Bahasa kedoktoran yang tinggi

Namun bagi memberikan pemahaman yang lebih tinggi buat masyarakat, seorang bekas pakar perubatan di Unit Penyakit Berjangkit (DCD) KKM , Dr Masliha Harun kemudiannya tampil menjelaskan perkara tersebut dengan bahasa yang lebih santai dan ringkas buat orang ramai.

Ramai yang pm/dm Sis bertanya kenapa sekarang polisi berubah dan jika orang tu masih positif kenapa dibiarkan keluar merata sebab kes masih lagi tinggi dan mesti akan PKP semula. Menjadi tanggungjawab kita sebagai Doktor bantu menerangkan apa yang kita tahu dan penting untuk kita warwarkan polisi Kerajaan dari semasa ke semasa.

Foto : Hmetro

Malaysia ikut saranan WHO

Ramai yang masih excited di hari ketiga Raya ni dan ramai tak tengok TV sangat sebab busy beraya dalam “rumah sendiri” kan. Hihi.

Ok cerita dia begini, now Malaysia ikut saranan WHO bahawa jika pesakit tersebut masih lagi positif walaupun dah kuarantin selama 14 hari adalah berdasarkan apa yg DG selalu sebut RO (disebut R-naught). RO of Covid-19 di Malaysia sebelum PKP adalah 3.55 dan semasa sebulan setelah PKP, RO tersebut telah jatuh sehingga di paras 1.

Sebenarnya berita baik untuk Malaysia

Apakah makna nombor 2 yang disebut ini. Ini adalah kadar kebolehjangkitan yang jika pada 3.55 bermakna setiap orang baru yang dijangkiti virus berbahaya ini boleh menjangkiti kepada 3.55 orang yang lain.

Sebab itu penting jika semakin hari RO tersebut semakin menurun. Kini kadar kebolehjangkitan Malaysia adalah dibawah paras 1 iaitu sekitar 0.7 itu bermakna average person yang boleh dijangkiti dari orang yang terjangkit adalah hanya 0.7 person bermakna kurang dari seorang pesakit.

Itu adalah berita baik untuk Malaysia. Ini juga bermakna kita berjaya mengekang penularan wabak/penyakit ini dari sehari ke sehari. Tetapi masih kita perlukan mengamal segala “new norm” kita yang biasa iaitu amalkan penjarakan sosial, basuh tangan yang kerap, amalkan pemakanan yang sihat dan lakukan tahap kebersihan yang tinggi.

Namun mungkin bertukar sebaliknya jika RO tinggi

Sebab tu pentingnya untuk kita tahu kadar kebolehjangkitan (RO) ini supaya kita boleh tahu penyakit itu berupaya menjangkiti berapa orang yang lain sekiranya RO ini masih tinggi. Jika RO berterusan tinggi Insyaallah PKP akan diperketatkan semula. Kini kita dah boleh menarik nafas lega sedikit kerana RO ini telah pun turun dengan sangat banyak.

Yes, number jangkitan yang meningkat pada hari ini adalah kes di depoh tahanan dan nampak tak faktor utama untuk jangkitan Covid ini adalah sentuhan dan crowded places. So amat penting untuk kita kekalkan social distancing and jangan sentuh apa-apa sekiranya tak berkenaan. Okay?

Malaysia kini dalam keadaan stabil

Anatara fakta lain, menurut Business Insider, angka RO 1 bermaksud penyakit tersebut tersebar dalam keadaan stabil. Angka dibawah 1 bermakna penyakit tersebut sedang menurun dan berkemungkinan akan tamat, manakala angka lebih dari 1 menunjukkan ianya masih lagi membiak secara meluas. WHO menjangkakan angka RO bagi Covid-19 ialah antara 2 dan 2.5. Jadi syukurlah Malaysia kini dalam keadaan stabil terima kasih kepada semua frontliners kita dan Kerajaan PN khususnya. Teruskan kita berjuang melawan Covid ini, jangan kita ambil mudah tau.

So, harap serba sedikit penjelasan ini boleh mengurangkan perasaan kerisauan atau gundah-gulana sesetengah pihak. Jangan kita tearlalu paranoid juga tanpa mengetahui fakta okay. Apa yang penting sentiasa kekal berwaspada dan sayangi keluarga kita yang tersayang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.