fbpx
Now Reading
“Dari Awalnya Ramai Mahukan Saya Keluar” – Vivy Yusof Rai Tahun Pertama Sebagai Lembaga Pengarah UiTM

“Dari Awalnya Ramai Mahukan Saya Keluar” – Vivy Yusof Rai Tahun Pertama Sebagai Lembaga Pengarah UiTM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam genap setahun usahawan fesyen terkenal yang juga pengasas Duck Scarves , Datin Vivy Yusof dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) .

Meskipun pelantikannya dari awal lagi tidak dipersetujui ramai pihak namun Vivy menganggap semua itu adalah pembakar semangatnya untuk terus menjalankan tugas.

Menerusi Instagram Story Vivy mengumumkan yang dia kini bersedia untuk melaksanakan rancangannya yang tergendala selepas selesainya pandemik Covid019

“Perkara ini tidak akan berlaku tanpa sebarang cabaran, dari hari pertama pelantikan saya, ramai yang mahu saya keluar kerana saya terlalu muda dan juga bukan seorang alumni.

“Tanggapan itu telah menjadi pembakar semangat saya, terutamanya apabila saya mendapat sokongan daripada para pelajar sendiri, staf dan rakan ahli lembaga pengarah lain, saya memang tak boleh berputus asa,” tulis Vivy panjang lebar.

Menurut pengasan Fashion Valet itu lagi, fokus utamanya ketika ini adalah kebajikan para pelajar dan ilmu keusahawanan merekja

“Matlamat saya adalah untuk menjaga kebajikan pelajar dan keusahawanan, saya ambil masa berbulan-bulan untuk mempelajari inisiatif yang sedia ada.

“Sekarang saya bersedia untuk melaksanakan inisiatif kepada ketua-ketua fakulti, namun tiba-tiba krisis COVID-19 melanda.

“Saya tak sabar tunggu keadaan kembali normal, Kak Vivy ada rancangan yang mengujakan untuk UiTM!” tulisnya lagi.

Terdahulu, UiTM menerusi Facebook rasmi mereka telah mengumumkan pelantik Vivy sebagai ahli lembaga pengarah UiTM pada 26 Mei 2019. Keputusan ini mendapat pelbagai respons dari alumni dan orang ramai dengan rata-rata mereka nyata terkejut dengan pelantik tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.