fbpx
Now Reading
“Hari Raya Ni Hormat La Budaya Kau Pakai Elok Elok” – Hatta Dolmat Tegur Fesyen Baju Melayu Moden Yang Pelik

“Hari Raya Ni Hormat La Budaya Kau Pakai Elok Elok” – Hatta Dolmat Tegur Fesyen Baju Melayu Moden Yang Pelik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila bercerita pasal baju melayu, pasti ramai setuju terdapat banyak design dan jenis baju melayu masa kini. Dari yang jenis tradisional lengkap dengan pesak dan kekek sehinggalah ke baju melayu yang telah ‘di modenkan’

Bagaimanapun baju jenis terlebih moden ini tidak begitu disenangi pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat yang menyifatkan tindakan tersebut seolah merosakkan keaslian baju Melayu itu dan tidak menghormati budaya sendiri.

Menerusi Twitter, Hatta yang ‘sakit mata’ melihatkan perubahan drastik baju melayu terkini lantang menegur lantang menegur ‘pereka-pereka’ tersebut dan menasihatkan mereka agar tidak terlampau dalam mengubah keaslian baju tradisional tersebut

Menurutnya lagi, pengubahsuaian fesyen melampau terhadap pakaian tersebut sebenarnya hanya akan merosakkan dan melenyapkan ciri-ciri budaya yang terdapat pada pakaian itu sendiri

Tambahnya lagi, baju melayu seharusnya ringkas dimana padanannya ialah songkok, samping dan kasut capal sebagai melambangkan identiti budaya Melayu itu sendiri.

Dalam pada itu, pereka ini turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya kepada pengikutnya dan meminta mereka berkonsi pakaian mereka sewaktu raya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.