fbpx
Now Reading
“Mohon Ampun Jadikan Ibadah Bahan Lawak” – Amin Idris Mohon Maaf & Buang Foto Pegang Tongkat Loki

“Mohon Ampun Jadikan Ibadah Bahan Lawak” – Amin Idris Mohon Maaf & Buang Foto Pegang Tongkat Loki

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CAmgU28HfOb/https://www.instagram.com/p/CAqE0LeHdRH/

Sejak hari raya pertama, viral beberapa foto-foto khatib ‘amatur’ yang terdiri dari wakil keluarga yang dilihat menggunakan pelbagai jenis peralatan sebagai ganti tongkat khutbah.sewaktu solat aidifitri di rumah masing-masing yang

Bersama foto-foto tersebut turut ditularkan sama adalah foto penceramah motivasi Amin Idris yang dilihat tampil dengan tongkat ‘Scepter Loki’.

Perkara ini kemudian mendapat perhatian Menteri Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menjelaskan dengan tegas bahawa hal berkaitan ibadah tidak boleh dibuat sebagai bahan gurauan.

Susulan dari itu, Amin tampil memohon maaf dan menjelaskan yang dia sememangnya tiada niat untuk mempersendakan agama mahupun bergurau mengenainya.

“Mohon ampun kepada Allah dan mohon maaf kepada semua netizen”

“Sebagai menerima teguran Menteri Agama dengan hati terbuka, Bro Amin(saya) padamkan gambar khutbah memegang Scepter (tongkat) Loki dan memohon ampun kepada Allah kerana jadikan ibadah bahan lawak,” katanya.

Malah tambahnya lagi mendapat keredaan Allah adalah lebih penting dari mengejar tanda suka dan perkongsian di media sosial.

Amin yang jelas meminati watak-watak didalam Filem Avengers terutamanya Iron Mana turut bertindak memadam foto tersebut yang terlebih dahulu di muatnaik olehnya sehingga menjadi tular di media sosial.

“Mungkin dalam isu tongkat khutbah ini ramai yang kata ‘niat saya baik, ‘saya tak niat nak bergurau pun’, ‘tak terfikir nak buat lawak pun’. Apa pun, soal niat siapa kita nak persoalkan. Hanya Allah yang tahu apa di hati manusia.

“Jadi, apabila Datuk Dr Zulkifli menegur mengenai isu ini saya percaya beliau tidak bercakap tanpa asas dan dalil. Jauh sekali nak menjadi ‘joykiller’ kerana beliau pasti mahu kita bergembira di hari raya kerana itu perintah agama,” katanya.

“Beliau tidak bercakap tanpa asas dan dalil. Jauh sekali nak jadi ‘joykiller’ kerana beliau pasti mahu kita bergembira di hari raya kerana itu perintah agama.

“Selepas teguran itu, saya mula muhasabah diri. Memang benar, walaupun ‘tongkat itu sunat’, tapi ia tetap ibadah. 

“Sebagaimana kita berjaga-jaga setiap tindakan dalam ibadah solat, begitu juga dalam soal tongkat walaupun ia sunat.

“Maka saya terus delete dan mohon maaf atas keterlanjuran dan kesilapan saya.

“Ditambah pula yang menegur adalah insan yang alim dan jauh lebih baik amal solehnya berbanding saya yang solat malam pun jarang sekali,” tambahnya.

Amin turut menyertakan petikan hadis dan fatwa Jabatan Mufti Perlis yang menyentuh mengenai tongkat khutbah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.