
“Saya Tak Rasa Saya Seberani Dia” – Pemuda Selamatkan Biawak Dapat Pujian Netizen
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tak semua orang berani dengan biawak. Dengan rupa bentuk seakan ‘buaya’ reptilia ini yang sebenarnya tidak lah sebahaya bagaimanapun akan membuatkan orang ramai bertempiaran lari sekiranya ianya muncul di mana-mana.
Seorang pemuda bagaimanapun mendapat pujian netizen selepas video dirinya menyelamatkan seorang biawaki tular di media sosial baru-baru ini.
Lengkap berbaju melayu berwarna merah jambu , lelaki berkenaan dilihat membantu seekor biawak yang sedang berhadapan masalah besar di mana kepalanya tersangkut dalam tin.
Meskipun tidak diketahui lokasi waktu dan masa kejadian, ramai yang berpendapat video berkeanaan yang mula dimuat naik oleh akaun Twitter, Team Raya Senawang sehingga menjadi viral telah dirakam sewaktu sambutan hari raya baru-baru ini.
Dapat pujian Persatuan Haiwan Malaysia
Yang menariknya kisah pemuda ini turut mendapat perhatian dan pujian Persatuan Haiwan Malaysia yang berkongsi kembali video tersebut.
Mereka menzahirkan rasa terima kasih di atas tindakan lelaki berkenaan dan berharap tindakannya akan diteladani orang ramai.
“Tindakan ini sangat wajar. Ini merupakan tindakan yang terpuji. Walaupun haiwan yang dibantu itu dikategorikan sebagai haiwan liar, tiada sebab kita tidak boleh membantunya.
Sangat bangga dengan kesedaran ini
“Kami sangat bangga rakyat Malaysia mempunyai kesedaran ini,” kata presiden persatuan itu, Arie Dwi Andika kepada pemberita Bernama.
Sedang berusaha mendapatkan info mengenai pemuda terbabit, Arie turut memaklumkan yang persatuan mereka berhasrat menawarkan anugerah ‘Noble Animal Malaysia’ di atas usaha lelaki terbabit.
Turut dapat perhatian Harith Iskandar
Pelawak terkenal Harith Iskandar turut memuji lelaki berkenaan dan berkongsi video terbabit di laman istagramnya bersama kapsyen yang bertulis : “Tapi respect abang ini, penyayang habis. I don’t know if I would be brave enough.”
Meh menari …. (Respek abang ni! Compassionate habis 👍) pic.twitter.com/pOPBmEivPX
— Harith Iskander (@HarithIskander) May 26, 2020
Seorang pengguna Twitter Kiko Fridaus turut berkata : ” Sebagai seorang pencinta haiwan , saya mendoakan saudara kita yang menyelamatkan biawak berkenaan mendapat keberkatan”