fbpx
Now Reading
Pengurus Sangkal Dakwaan Shah Hazvee Bawa Lari Isteri Orang

Pengurus Sangkal Dakwaan Shah Hazvee Bawa Lari Isteri Orang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam kecoh di media sosial mengenai seorang pelakon muda berusia 24 tahun yang ditangkap atas tuduhan membawa lari isteri orang yang juga merupakan bekas pengurusnya.

Carian demi carian netizen akhirnya mendapati pelakon yang dimaksudkan adalah pelakon baru, Shah Hazvee atau nama betulnya Muhammad Shah Radhi Hazvee yang sebelum ini mula dikenali menerusi drama Monalisa.

Terbaru pengurusnya, Leana Sharif mengesahkan yang aktor itu ditahan namun menepis dakwaan yang aktor tersebut membawa lari bekas pengurusnya seperti yang diperkatakan masyarakat.

Menurutnya setakat ini, dia tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut memandangkan kes ini masih lagi dalam siasatan pihak polis.

“Untuk kes Shah Hazvee ni, ya memang dia direman malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya. Sekarang, kes ini dalam siasatan polis.

“Jadi saya tak boleh keluarkan sebarang kenyataan sebab ia akan mengganggu kerja pihak polis. Apa yang boleh saya beritahu ialah Shah Hazvee larikan isteri orang itu adalah tidak benar dan bercanggah,” jelas Leana kepada Gempak

Tambah Leana lagi Shah dijangka dibebaskan hari ini walaupun tarikh remannya masih berbaki 3 hari .

“Sepatutnya dia direman empat hari. Insya-Allah hari ini dia akan dibebaskan,” katanya lagi.

Sejak malam tadi kecoh mengenai penahanan seorang pelakon di Taman Ukay, Ampang yang didakwa menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang

Pelakon berusia 23 tahun itu didakwa membawa lari wanita berusia 36 tahun, dan hanya disedari suaminya yang pulang sekitar 8 malam dua hari lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.