fbpx
Now Reading
Demi Saham Akhirat, Noorkhiriah Ubah Kereta MPV Jadi Van Jenazah

Demi Saham Akhirat, Noorkhiriah Ubah Kereta MPV Jadi Van Jenazah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CAuFdh4FaCi/https://www.instagram.com/p/CAukoQpHEsf/

Meskipun wataknya sebagai Aisyah didalam drama Nur benar-benar menjengkelkan peminat namun di dunia realitinya pelakon berbakat besar, Noorkhiriah begitu disenangi ramai pihak.

Penghijrahannya sebelum ini bukan sahaja disambut baik pengikutnya malah turut menjadi inspirasi buat ramai wanita muslim di luar sana.

Terbaru menerusi Instagram, pelakon wanita terbaik Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010) berkongsi kepada pengikutnya yang sebuah kereta MPV miliknya akan diubah menjadi van jenazah.

Malah, menerusi posting sama Norkhiriah turut menyatakan yang dia juga akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan jenazah secara percuma kepada orang ramai.

“InshaAllah dah siap sepenuhnya nanti akak bagitau. Terima kasih juga pada yang menyumbang” jelas Noorkhiriah lagi

Menerusi satu lagi posting, NoorKhiriah memohon orang ramai agar mendoakan perancangan murninya itu dipermudahkan.

Meskipun tidak hidup mewah, Khiriah merasakan dia harus meninggalkan amalannya di dunia untuk kebahagian di akhirat

“Melangkah dengan yakin dengan apa yg akan dibuat ni. Mohon doakan akak, bohong akak cakap kalau tak takut #vanjenazah.

“Akak tak kaya tapi sebelum meninggal akak nak tinggalkan sesuatu buat semua.. Setakat cerita di Televisyen tu jangan kira. Jangan kira dosa pahala oranglain

“Semoga kita Istiqomah dalam perjuangan diri sendiri, Amin.. ” tulis aktres itu lagi di ruangan kapsyen.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.