fbpx
Now Reading
“Iphone X Hampir Membunuh Saya” – Abang Pablo Escobar Saman Apple USD$ 2.6 Bilion

“Iphone X Hampir Membunuh Saya” – Abang Pablo Escobar Saman Apple USD$ 2.6 Bilion

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Meskipun sudah berdekad meninggal dunia nama The King Of Cocaine, Pablo Escobar masih tetap terkenal di seluruh dunia. Percaya atau tidak kekayaan Escobar di zaman kemuncaknya iaitu di awal tahun 90an bernilai USD 30 Bilion.

Malah nilai tersebut menyebabkan Escobar diletakkan sebagai manusia terkaya di dunia untuk 7 tahun berturut-turut oleh majalah Forbes. Namun kebanyakan hasil kekayaannya kini diuruskan abangnya , Roberto Escobar yang turut dikenali sebagai ‘El Osito’ atau ‘Little Bear’

Terbaru kisah Robert menjadi tumpuan media di seluruh dunia selepas dia telah bertindak menyaman syarikat gergasi Apple dengan nilai USD 2.6 Bilion yang bersamaan RM 11.3 Bilion.

Dakwa digodam menerusi Facetime

Difahamkan segalanya bermula apabila Robert mendakwa peranti Iphone X miliknya telah digodam oleh seseorang menerusi aplikasi FaceTime sehingga si penggodam berjaya memperolehi alamat kediamannya.

Susulan dari ‘info yang bocor’ tersebut, Roberto mendakwa dia telah menerima satu surat ugutan yang telah dihantar terus kerumahnya oleh seseorang yang bernama Diego

Tidak gembira dengan perkara tersebut dicampur dengan rasa khuatir terhadap keselamatan diri dan keluarga ,Roberto kemudian bertindak menyaman Apple di atas ‘kelemahan sekuriti’ mereka.

Menurutnya tindakan itu dilakukan kerana dia sebelum itu telah diyakinkan oleh seorang pekerja Apple bahawa Iphone X merupakan peranti paling selamat di dunia selepas dia memaklumkan yang dia sedang mencari telefon paling selamat memandangkan dia pernah terdedah pada eksploitasi pada tahun 2010 dan 2014.

Ramai beranggapan ianya hanyalah strategi marketing

Orang ramai bagaimanapun merasakan tuntutan saman Roberto ini tidak lebih sebagai ‘marketing strategy’ untuk mempromosikan jenama telefon milik keluarganya iaitu Escobar Inc.

Yang menariknya salah satu produk Escobar Inc iaitu Escobar GOLD 11 PRO 256 GB – 25K sebenarnya adalah model iPhone 11 Pro 256GB namun telah disaluti emas.

Persoalannya berjayakah Roberto dengan samannya kelak? Bukan setakat itu sahaja, dia turut berjanj sekiranya dia memenangi tuntutan tersebut dia akan berkongsi wang tersebut dengan orang ramai. Wow.

Sebagai rekod, syarikatnya Escobar Inc sebelum ini telah dikantoikan oleh beberapa youtube dimana satu produk mereka iaitu Pablo Escobar Fold 2 hanyalah peranti Samsung Galaxy Fold yang disaluti emas.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.