fbpx
Now Reading
“Jangan Putus Asa!” – Frontliner Malaysia Titip Semangat Buat Frontliner Di Indonesia

“Jangan Putus Asa!” – Frontliner Malaysia Titip Semangat Buat Frontliner Di Indonesia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/efey.noorfareydzah/posts/1780505325437522?_rdc=1&_rdr

Sejak beberapa hari lalu, tular beberapa keping foto melihatkan keadaan petugas barisan hadapan Indonesia yang nyata kecewa dengan sikap segelintir rakyat mereka yang mengambi mudah situasi Covid-19 yang sedang melanda mereka dan seluruh dunia.

Malah turut tular beberapa video yang dirakam netizen dari sana yang membuktikan keadaan berkenaan benar benar berlaku di beberapa kawasan sedangkan angka kematian di negara jiran sudah mencecah 1,000 orang manakala pula ribu sudah disahkan positif virus maut tersebut

Bersama foto dan video tersebut turut trending bersama adalah tanda pagar #indonesiaterserah.

Terbaru, Frontliner dari Malaysia telah tampil menitipkan kata-kata semangat buat rakan sekerja mereka dari Indonesia.

Menggunakan baju dan sarung tangan PPE, petugas barisan hadapan negara yang bertugas di Tawau ini mula menyematkan kata-kata “Indonesia bisa! ” “Jangan Putus Asa” , dan sebagainya

Turut diikuti netizen dengan #indonesiabisa

Yang menariknya kata-kata semangat dari petugas barisan hadapan kini menular dan mula mendapat sambutan dari netizen kita yang turut mendoakan agar rakyat di Indonesia terutamanya petugas barisan hadapan kekal cekal dan tabah dan turut menggunakan tandapagar #indonesiabisa

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.