fbpx
Now Reading
Hidayah Di Akhir Usia, Kisah Di Sebalik Pengislaman Arwah Tan Foo Hock Sebelum Meninggal Dunia

Hidayah Di Akhir Usia, Kisah Di Sebalik Pengislaman Arwah Tan Foo Hock Sebelum Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sesungguhnya Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada manusia yang dipilihnya. Ia datang dengan pelbagai cara tanpa mengira masa.

Baru-baru ini tular kisah seorang saudara baru, saudara Tan Foo Hock atau nama islamnya Mohammad Ridzuan Tan Abdullah yang meninggal dunia tidak sampai sehari selepas mengucap syahadah.

Difahamkan Allahyarham meninggal dunia akibat kanser di kediaman adiknya, Suzie Tan di Subang Jaya, Selangor, pada 27 Mei lalu.

Terbaru kisah disebalik penghijrahan abangnya di kongsikan sendiri Suzie,59 kepada Harian Metro.

Asalnya seorang free thinker

“TIGA kali saya suarakan supaya dia berdoa kepada tuhan minta kurangkan kesakitannya sepanjang kira-kira tiga minggu dia tinggal di Subang Jaya, memandangkan dia seorang free thinker, dia hanya diam.

“Akhirnya, kira-kira 9 pagi Selasa lalu ketika saya bangkitkan hal sama, dia minta penjaganya, Nurin, untuk ajar dia mengucap dua kalimah syahadah,” kata Suzie Tan

Foto : Othman Abu Bakar

Lebih tenang selepas melafaz syahadah

Tambah Suzie lagi, kesemua adik beradikya bukan sahaja menghormati keputusan abangnya untuk memeluk islam malah dia sendiri lega melihat perbezaan pada wajah abangnya yang disifatkan lebih tenang dan ceria selepas selepas melafazkan syahadah.

“Amat menakjubkan selepas mengucap, arwah kelihatan sangat tenang dan kemudian menghabiskan masa berbual dan bergelak ketawa bersama anak dan menantunya sepanjang hari.

FOTO Ihsan Mohammed Khairi Tan Abdullah dan Datuk Zulkarnain Mustapa via Hmetro

Meninggal dunia dalam tidur

“Menjelang malam, anak dan menantu arwah pulang ke rumah mereka dan pada waktu Subuh, saya dapati abang saya sudah tiada. Dia meninggal dalam tidur,” demikian kata Suzie kepada Harian Metro, hari ini.

Keputusan yang mengejutkan

Adik bongsu arwah, Mohammed Khairi Tan Abdullah, 54 bagaimapun agar terkejut dengan keputusan abangnya meskipun arwah kerap bergaul dengan masyarakat melayu dan sering dipanggil dengan nama islam seperti Ridzuan dan Azlan.

“Jika diikutkan minat, mungkin saya lebih minat untuk memeluk Islam apabila saya sendiri pernah dipuji oleh ustazah kerana boleh menulis jawi dan membaca ayat suci al-Quran dengan baik walaupun saya orang Cina.

“Manakala, arwah, selain banyak bergaul dengan masyarakat Melayu, dia memang fasih berbahasa Melayu, malah fizikalnya juga bermisai menampakkan seperti orang Melayu, namun tiada tanda-tanda dia ingin memeluk Islam.

“Cuma pernahlah ketika umur saya sekitar 12 tahun, saya terjumpa buku Fardu Ain yang mengajar cara solat dan sebagainya di dalam laci arwah.

“Ketika itu arwah berusia 24 tahun dan saya pun tidak mengesyaki apa-apa ketika saya masih kecil, sekadar selongkar barang abang-abang dan saya tidak tanya atau mengadu kepada sesiapa mengenai perkara itu,” katanya.

Jenazah arwah diuruskan sendiri ahli keluarganya yang bukan beragama Islam. Foto : Datuk

Adik beradik lain juga ada yang menganut agama islam

Namun Khairi turut menjelaskan yang penghijrahan abangnya bukanlah suatu perkara asing lagi buat mereka 14 beradik memandangkan Khairi dan seorang lagi kakaknya yang menetap di Singapura sudah lama menganuti agama tersebut.

“Daripada 14 beradik seibu sebapa, saya dan kakak saya di Singapura sudah pun memeluk Islam sejak zaman muda lagi yang mana kakak saya kini juga seorang ustazah di sana.

“Kakak saya kata, arwah cakap ‘aku nak masuk Islam, aku nak mati dalam Islam’ sambil suruh Nurin ajar dia mengucap tapi Nurin teragak-agak kerana bimbang dengan respons orang lain, namun dia lakukan juga apabila semua ahli keluarga tidak membantah.

“Ketika itu saya sangat bersyukur dan apabila dia meninggal dunia keesokannya, saya hanya mendoakan yang terbaik untuk dia. Dapat memandikan mayatnya memberikan saya pengalaman indah terakhir bersamanya,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.