fbpx
Now Reading
Dari Protes Kematian Floyd Menjadi ‘Rompakan’ , Butik Louis Vuitton Rugi RM 366,000

Dari Protes Kematian Floyd Menjadi ‘Rompakan’ , Butik Louis Vuitton Rugi RM 366,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/JxhnBinder/status/1266858679552356362

Disaat seluruh dunia masih lagi memerangi wabak Covid-19, 25 bandar di 16 negeri seluruh Amerika sedang menjalani perintah berkurung.

Namun pelaksanaan ini bukan disebabkan virus maut tersebut, sebaliknya disebabkan demonstrasi dan bantahan besar-besaranyang kemudiannya bertukar ganas susulan kematian George Floyd, seorang lelaki kulit hitam tidak bersenjata yang mati di tangan anggota polis berkulit putih yang dikenali sebagai Derek Chauvin.

Disebalik demonstrasi ganas ini telah tular di media sosial satu video dimana sekumpulan individu yang didakwa peserta demonstrasi telah memecah masuk ke butik terkenal Louis Vuitton di Portland , Oregon.

Tidak mensia-siakan peluang di depan mata, beberapa kumpulan bertopeng itu kemudiannya terus menjarah segala barangan yang terdapat di dalam premis tersebut.

Seorang pengguna Twitter, John Binder yang juga seorang wartawan di Breitbart.com mendakwa kejadian itu menyebabkan premis LV berkenaan kerugian sekurang-kurangnya USD $85,000 ( RM366,000)

Menggunakan video berkenaan sebagai reference, Binder mengenal pasti terdapat 19 beg nilai tinggi yang dilarikan dari kedai berkenaan.

Orang ramai kemudiannya mula meluahkan rasa tida puas hati mereka terhadap kumpulan yang memecah masuk terbabit dan menyifatkan mereka sebagai mengambil kesempatan dengan keadaan yang berlaku di sana.

Selain butik LV terdapat banyak lagi kedai-kedai lain yang turut mengalami nasib yang sama antaranya Apple Store, H&M , Starbucks dan pelbagai lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.